Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ainur Maryam

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, December 30, 2010

2010 ke 2011 = Azam baru

Lagi beberapa jam..kita akan berada dalam tahun 2011 ( itu pun klau panjang umur).. So 2010 akan meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan sedih dan gembira, kecermerlangan dan kegagalan, kesenangan dan kepayahan dalam hidup kita.. Apakah pencapaian yang aku dapat pada tahun 2010????

Cuba mengira dan mencari kejayaan itu.... dalam segala bidang yang aku ceburi.. bidang kerjaya, menjadi anak, ibu dan isteri.. aku pun tak pasti ... argh!!!! Malas fikir ,banyak plak nak kene tulis nanti......Bukankah 2010 dan 2011 hanyalah perubahan nombor yang menberi kita jarak masa awal dan akhir.. klau tak tercapai impian kita dalam jarak masa setahun tu.. kita boleh cuba lagi pada jarak masa barukan??? Yang penting kita sentiasa cuba untuk menjadi yang terbaik dari sehari ke sehari..

Apa yang pasti 2010 akan tetap pergi.. hari sabtu tetap akan bertarikh 1 jan 2011... Azam baru ..simpan dalam hati..kerna dalam masa 24jam ni.. manalah tau tiba tiba azam tu akan berubah ubah plak.. Tapi .. yang mungkin takkan berubah ialah , aku nak khatam quran lagi untuk tahun depan.. menjadi lebih baik dari semalam setiap hari.. Bukankah itu yang lebih afdhal??? Esok kita sambung lagi.. mengantuk ..zzzz

Wednesday, December 29, 2010

Cuti , cuti.. interview

Semua raya Malaysia pasti gembira sebab esok a.k.a 31.12.2010 Malaysia diistiharkan cuti sempena kemenangan piala Suzuki.. Dapatlah rehat 3 hari.. nak gembira pun cam tak best.. sebab suami aku bukan nye boleh cuti .. dia tetap berada dalam hutan di sempadan.., lainlah klau dia pun dapat balik penang. Yang aku tahu 5 januari ni baru dia bleh balik..itupun klau heli dapat masuk ambik diaorang dalam hutan tu.

Apa apapun tahniah buat pasukan Malaysia atas kejayaan memberi piala suzuki pada peminat peminat bola dan Cuti sehari pada rakyat Malaysia. Aku sebenarnya boring plak memikirkan nak buat apa time cuti ni..Biasanya aku akan settlekan kerja kerja rumah awal pagi, then layan ainur tgk tv, bercakap dan membaca buku buku dia, layan internet jap,pastu baca buku or majalah yang berlambak kat rumah tu. Klau nak pegi window shopping pun, dah tak berapa larat, lebih lebih lagi kene bawa ainur.. lagilah tak larat. kene tunggu nazli balik baru bleh lakukan aktiviti tu. Nak balik kampung kat bagan serai .. malasnye rasa nak drive ke sana bila memikirkan ainur tak suka duduk dalam kete...dia lebih suka berdiri dalam car seat ...so , not a good idealah..

Apa yang patut aku lakukan hujung minggu ni..ermm... malam nilah aku buat list... tapi rasanya nak siapkan barang baby.. then nak susun balik store kat rumah.. aku nak kemas barang barang yang tak berapa nak guna dalam kotak.. so klau kene pindah umah baru nanti..tak lah kelam kabut sangat nazli.. iyalah..dengar khabar bulan 3 ni masuk rumah baru, aku plak dah tunggu masa nak bersalin time tu..so siapkan awal awal supaya senang sikit nak angkut barang.. klau tak jadi pindah pun tak pe..at least umah tak nampak semak sangat ngan barang 2 yang tak tersusun.

Oh ye.. aku nak cite pasal interview aku semalam.. nampak cam ada peluang tapi bila COO tu tanya aku ada tendency tak untuk berpindah cause suami kan army.. itulah yang buat aku jadi serba salah nak kerja kat sini.. terus terang aku cakap risiko untuk berpindah tu memang ada.. cuma aku tak pasti bila.. so aku try juga minta PDCC ni cause aku nak mengembangkan kerjaya aku.. lepastu depa tanya lagi Aku nak jadi registered QS ke taK?.. Of course aku nak.. aim aku hingga umur 35 tahun.. masalahnya PDCC tak ada registered QS sebagai supervisor.. pelik betul company ni.. nama company besar.. multidisciplinary company.. tapi registered QS tak de.. oklah.., itu tak jadimasalah.. aku bleh minta en zainal jadi supervisor aku nanti.. terpaksalah aku buat kerja lebih untuk benda ni.

Ini baru interview pertama.. klau ada rezeki dapatlah pi interview ke-2.. interview pertama ni lebih pada sesi perkenalan antara aku ngan pengalaman kerja di tempat lama.. nasib baik dia orang tak tanya banyak sebab masa dah pun suntuk. dari pukul 2.45ptg aku datang .. pukul 5.15p.m baru dipanggil.. Qs ada 6 orang, eng ada 3 orang dan 3 orang lagi planner. Penat menunggu. Klau tau, baik aku datang pukul 4p.m.

Perasaan lepas interview??? Aku serba salah plak.. dah lah apply PDCC tanpa pengetahuaan suami aku, then pergi interview tanpa dapat restu dia, macam mana bagi tau..line phone tak de, klau dapat PDCC, dia plak kene posting KL atau mana manalah, tak ke aku kene tinggal kat penang jap dengan 2 orang anak kecik. Klau tak dapat.. tak jadi masalah yang memeningkan kepala aku , cause blehlah buat plan lain. Klau dapat.. kene plan gak ngan dia sampai bila aku nak kerja situ, klau dia posting 2 div.. senang nye hati aku.. ;) Kene fikir - kene fikir ni.. sesungguhnya.. aku berserah padamu ya Allah untuk memberi aku keputusan dan tempat yang terbaik bagi kami suami isteri..

Tuesday, December 21, 2010

PDCC Calling for interview.

Semalam aku dapat panggilan dari PDCC . PAnggilan untuk pre-interview session pada 29 disember ni.. Aku memang gembira dapat interview tapi dalam masa sama aku takut dia orang terkejut plak bila tgk aku yang tgh sarat mengandung .. mesti kene pikir 2 kali... dari email yang aku dapat. dia orang shortlisted 5 orang je.. aku , 3 budak perempuan lain ngan ofis mate aku. TAk tahulah berapa QS yang PDCC nak ambik. Mungkin sorang je kot..klau tgk pada senarai pendek nilah..

Walaupun pengalaman aku 4 tahun lebih ni buat aku yakin yang aku layak untuk jawatan tu, tapi kadang kadang aku takut juga tak seperti yang dia orang harapkan.. Aku sendiri tak dapat nak ukur pengalaman aku dengan mana mana QS kat sini, cause aku the only degree QS yang ada dalam ofis ni.. mungkin kene bandingkan dengan en faizul, cause dia ada banyak pengalaman bertukar tukar tempat kerja dan hampir 6 tahun lebih jadi QS. Adoi... pening nye kepala memikir apa yang akan di tanya dalam interview nanti... sebab dah 4 tahun lebih tak attend any interview.

SEbenarnya.. aku serba salah juga... klau dapat kerja ni... then my husband plak kene posting... cam na aku nak buat..PDCC ni hanya ada kat penang... PDC consultant anak syarikat Penang Development Corporation. Sebuah badan berkanun.. tempat kerja sangatlah ok... dan yang paling penting dekat ngan rumah.. lima minit je dari rumah aku... parking kete pun free.. tak payah aku bayar cam skang.Itu klau dapat.. klau tak dapat.. aku ok je kot.. cause yang paling utama sekarang adalah ..di mana nazli akan ditempatkan tahun hadapan??...KL ?Perak? Sg Petani? Johor atau mana mana aje, yang paling dekat sekali.. 2DIV.. sebelah kem je... Klau dapat 2 DIV ni je.. aku tak kisah sangat.. tak perlulah aku susah susah nak kemas barang untuk pindah, nak fikir pengasuh anak, cuma fikirkan keje je.. then bleh aku sambung je belajar kat usm ni... semu mudah.

Apa apa pun.. aku berserah jelah pada Allah.. kerna hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat aku.. now.. just preparing for the interview.

Thursday, December 16, 2010

CPD Course

Akhirnya dapat juga aku settlekan kursus CPD satu hari tu.. dapatlah aku renew membership dgn 4CPD point.. ada hutang 1CPD point tahun depan.. lepas ni aku akn cari course CPD yang free satu malaysia ni.. so tak perlu aku nak kuar duit beratus ratus then nak kene buat claim.. nak tunggu claim ni, tau tau jelah.. leceh.. klau aku tak claim rugi.. ofis aku ni semua nak kene dahulukan.. bila nak bayar, tak tahulah...

Aku dah lama tak masuk mana mana kelas.. or talk..last sekali kat uia.. Tajuk talk ni adalah berkenaan contract .. course ni lebih kepada abitration couse or law.. Speaker dia Sr Lim Chong Fong.Di kalau peminat contract management,memang dia ni agak terkenallah. Tapi aku tak bleh nak catch up apa dia cakap dari awal, mula mula aku blur je... otak aku jammed, sebab lapar kot, dari kul 6 pagi bangun tak makan apa.. after tea break ok lah sikit... baru nak masuk gear dualah untuk memahami apa itu "assignment and sub con contract"..nasib baik nadia bawa kamusbesta, bleh aku tekan tekan je kamus tu bila tak tau term term yang dia pakai dalam hand out, after lunch ..kira dah bleh masuk gear 4 lah... aku rasa otak aku baru nak bfungsi baliklah.. bila attend seminar ni ,perasaan nak sambung belajar tu membuak buak je.. bilalah aku dapat buat master ni.. tahun depan memang ak blehlah, tahun depan adalah,waktu untuk menstrukturkan balik kerjaya, keawangan dan tempat tinggal kami. So tahun 2012 atau 2013lah kot.. tapi aku becadang nak tambah anak 2013..hehe..klau ada rezeki. Nazli pun nak apply sambung belajar tahun 2013.. so mungkin ni tahun terbaik tuk aku ngan dia sebab kami bleh jadi student sama sama.. bila aku pi belajar dia bleh jaga anak , aku tetap bekerja sambil belajar..dia, bila dapat sambung belajar, dia tak perlu bekerja.. tapi gaji jalan cam biasa siap dapat elaun belajar tu.. ish ish ish.. tak aci betul.. rasa nak masuk askar je..

Semalam adalah hari yang paling tak best dalam hidup aku... dari pukul sembilan aku duduk dalam bas..kul sebelas baru nak kuar KL.. pastu bleh plak bas ni berhenti ambik orang kat ipoh..brek plak rosak kat sini.. kul 5 baru aku sampai penang.. aku baru berangan nak balik awal.. bleh ambik ainur awal and rehat lama sikit kat umah.. Aku memang sangat penat ..sampai ari ni aku rasa penatnya.., mak mentua aku plak tanya bila nak balik kampung ..Tak tahu lah nakbalik ke tak..minggu ni ingat nak rehat rehat kat umah cause dah 3 hari berturut turut aku tak dapat rehat yang cukup.. asyik turn naik LRT-PUTRA ,KL ke bukit jalil..rasa cam nak bersalin awal plak.. kaki dah bengkak..semalam aku plak terjatuh kat RNR simpang pulai.. sebab aku tak nampak lubang kecik depan kedai pau tu.. puas aku balance badan aku.. nasib baik jatuh melutut..tapi lutut aku luka lah plak..

Mungkin balik kamung ari sabtu pagi..ahad pagi aku nak pegi jumpa sepupu aku kat uitm seberang perai ambik barang .. dia pun dah nak balik KL.

Ainr cam ok je kene tinggal 2 hari.. mula mula nampak aku , dia terus terkam.. macam rindu je... pastu dia pegi sambung main badminton kecik dia balik.. aik.. bleh dia buat tak tahu kat aku.. then aku ajak balik.. barulah dia nak aku dukung.. Tahupu , takut kene tinggallagi. Kak nor cakap, setiap petang yang aku tak ambik dia u, lepas mandi dia selalu tunggu depan pintu sambil pakai kasut.. kesiannya anak ibu.. klau ibu larat , memang ibu bawa ainur pegi KL. Lain kalilah ye..time abah ada nanti kita pegi sekali.

Hari ni kerja yang patut aku settlekan ialah V.O dan claim pesaka insan, then kene settlekan renewel fees untuk ISM, and LJBM,pastu kene pegi HSBC, RHB ,CIMB,MAXIS, MAYBANK.. banyaknya tempat aku kene deal... nilah gara gara gaji lambat ( baru ari ninak masuk) n suami pun tak de kat sini... semua aku kene settlekan sorang sorang.. tempat yang paling tak best yang aku kenen pagi.. maxis.. parking kete dia sangat susah pastu kene bayar. tempat lain, oklah.. aku bleh pegi Queensbay tuk buat semua bayaran cause kat sana ada CIMB, HSBC, MAYBANK, and pejabat post untuk renew membership aku. Then aku bleh cuci mata kat jusco pastu jalan jalan cari makan dkat subway ari ni..Pastu baru aku pi RHB..

Oklah ...need to settle all now.. ;)

Monday, December 13, 2010

KESIAN AINUR

Hari ni aku akan ke KL.. sedih nak tinggalkan ainur. Seumur hidup ainur..rasanya tak pernah lagi dia berenggang tempat tido ngan aku..nilah kali pertama . Kawan aku bagi choice kat aku samaada bawa ainur and tinggalkan ngan pengasuh anak dia jap, tapi aku plak ragu ragu nak tinggalkan dia ngan orang yang dia tak biasa. Ainur ni plak bukan nak kat semua orang. Satu lagi dia ni suka sangat pukul orang , aku takut dia buli budak budak kat nursery kawan aku tu. Kat umah pengasuh sini pun dia buli orang..apa lagi kat umah orang tu. aku plak dah sarat, larat ke aku nak angkut barang barang kita orang ngan mengelek ainur ni.. cam tak larat je.

Walaupun pelbagai alasan aku pertimbangakan , aku masih teringin nak bawa dia pegi KL , cuma pagi ni bila aku bangun tido, tgk dia dah start selsema ,erm,.aku comfirm memang tak boleh bawa dia. Klau bawa nanti.. balik mesti dia akan demam teruk..Sorrylah ainur..ainur kene duduk ngan ibu nor 2 malam ye sayang.. Ibu balik nanti, ibu bawakan book banyak2.

Klau tak kerana nak renew membership Lembaga Jurukur bahan ni..ibu rasa memang ibu tak pg KL.


Wednesday, December 1, 2010

Apakah pilihan yang terbaik??

Hari ni aku buka web job street ..banyak giler advert untuk jawatan QS..klau tgk pada pengalaman dan company yang offer keje..semuanya menarik dan menepati criteria pengalaman aku.. tapi aku tak boleh buat keputusan apa apa sekarang.. selain dai keaadaan aku yang sedang sarat mengandung ni.. aku juga kene tunggu suamiku medapat tempat posting yang sahih dahulu..barulah aku bleh nak decide langkah kerjaya aku seterusnya..

Tahu tak.. perasaan aku sekarang cam mana??? terseksa sikit.. aku teringin sangat nak cari keja kat tempat lain..selain dapat meningkatkan pendapatan aku..bleh juga meningkatkan pengalaman dan kematangan dalam kerjaya ni.. Aku rasa, opportunity di luar sana lebih besar dari ofis aku skang.. mungkin dari segi keselesaan, ofis ni kira tak sibuk dan aku boleh bergoyang kaki..tapi aku hanya akan duduk jadi QS cabuk jelah..tak ada peningkatan dan saingan.. boring.

Aku sebenarnya..sayang pakatan ni.. tapi aku perlu fikirkan masa depan aku juga.. ni nak masuk 5 tahun bekerja kat sini..ilmu aku cam tak berkembang sangat.. macam terperap je.. kejap kembang ..kejap membeku..cause tiba tiba aku tak de kerja nak buat untuk 2 minggu.. Kebaikannya..aku dapat buat kerja kerja lain kat rumahlah..

Aku ingat nak minta gov.. tapi en suami macam tak berapa nak kasi.. bagi dia cukuplah dia seorang yang berkerja dgn gov.dia tak nak aku sibuk cam dia..aku pun tak nak sibuk sangat cam certain2 govt servant..cuma bila memikirkan kesusahan untuk postng mengikut suami apabila keja dgn swasta ni , aku rasa govt pilihan terbaik..selain dapat buat loan umah, kete, peribadi yang mudah..boleh cuti sakit dan ikut suami ke luarnegeri 2-3 tahun, bleh sambung belajar..dan cuti bersalin pun 3 bulan..lama tu..,siapa nak bagi..yang ni part paling aku suka. Yang tak best nye... kenaikan pangkat mungkin susah sikit, bonus pun aku tak nampaklah adasangat setakt ni..asyik ihsan RM 500.00 je.. kenaikan gaji pun sikit.. suka buat kursus luar yang kadang kadang cam tak perlu..konon2nya untuk tingkatkan motivasilah..tapi lastlast kerja kat ofis terbengkalai. Aku ada pujuk dia tentang gov ni.. after discuss dalam2 dia allow aku untuk isi borang.. apa lagi, aku isijelah tapi tak mengharap sangat.

Swasta.cepat naik gaji..inisiatif dan kebajikan depend pada company yang kita join.. kerja biasanya banyak.tapi pekeja swasta ni lebih advance dan cekap dari govt ( tak kata semua orang , tapi mostly)..itu jelah kot yang best..yang tak best susah buat loan , cuti sikit,dan susah nak posting. Yang lain aku tak dapat pikirkan. Jadi setiap satu ada pro and cons.

Kesimpulannya, aku kene try minta semua.. apa yang aku dapat ..itulah yang terbaik untuk aku dan keluarga..cause itu semuakan rezeki dari Allah..

So dengan azam dan semangat baru..aku berharap..Allah akan memberi bimngan dan rezeki yang baik pada aku sekeluarga pada tahun hadapan.. moga suamiku di postkan tempat yang terbaik untuk kami sekeluarga..harap2 tempat yang ada post QS.