Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ainur Maryam

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, January 26, 2011

Cuaca di luar agak mendung.. hari ni kat ofis tak de sape .. bos dan assistant aku pergi perlis untuk site meeting projek uitm. Tinggallah aku ngan ofis boy je kat sini.. Ofis boy aku plak membuta kat bilik belakang.. mentang mentanglah dia tak de kerja.. tapi tak pe.. at least aku boleh guna komputer kat bawah ni buat kerja sambil survey item item yang belum aku beli untuk persediaan bersalin ni.

Bilalah agaknya suamiku dapat keputusan untuk posting ni.. aku tak sabar nak tahu.. banyak kerja yang aku perlu lakukan sepanjang bulan ni.. selain mengemas barang , preparation untuk bersalin pun aku tak habis beli.. terutama bengkung dan supplement.. yang lain boleh aku beli kat KL .. yang lain tu..apa ye?? OK , aku nak bouncer baby ngan nursing pillow je lagi.

Dalam keaadaan yang agak gawat ni, ada beberapa perkara yang perlu aku pertimbangkan dalam akaun keluarga kami..memikirkan cenderahati yang sesuai untuk diberi pada batalion 2RAMD dan BAKAT 2RAMD.. budget mungkin dalam RM 300.00, duit untuk persiapan perpindahan dan perjalanan : RM 500.00, kelengkapan bersalin yang aku tak habis beli dalam RM 400.00, cenderahati buat officer wives BAKAT RM 100.00 (cukup ke?). Itu belum masuk persiapan masuk rumah lagi.. servis kereta, dan lain lain lagi..kene pandai pandai budgetlah nampaknya.

Malam ni ada bacaan yassin kat rumah BAKAT.. tak pasti nak pergi ke tak.. aku teringin nak pergi tapi tak larat plak.. klau pergi dapat gathering ngan ahli ahli BAKAT sebelum aku berpindah.. maknanya kau kene bawa ainur skali.. abah dia ada tahlil plak kat surau. tak pelah.. ok gak bawa ainur, bleh aku balik awal klau tak larat.

Kandungan ku dah masuk 8 bulan 3 minggu , tinggal lagi sebulan lebih je baby akan menjenguk dunia. Mengandung kali ni berat badan ku macam yoyo, sekejap naik, kejap turun.. 3 minggu sebelum ni berat aku 74 kg, minggu ni 72 kg..actually awal pregnant 67 kg.. so setakat ni berat aku naik 5 kg je? Masa mengandungkan ainur, berat terakhir 74 kg.. harap samalah cam dulu bila aku nak due nanti. Pastu nak manage jaga perut dan menyediakan khasiat susu ibu ada 2 orang permata hati ni..

Aim lepas bersalin.. dapat kurus hingga 54kg..hehe..

Sunday, January 23, 2011

KL ..

Akhirnya aku mendapat jawapan posting yang agak muktamad dari suamiku.. kenapa aku kata agak muktamad?? sebab C.O hanya dapat berita melalui sms aje.. belum msg black and white dari MINDEF. InsyaAllah suamiku akan di postingkan ke Markas Latihan Kuala Lumpur. Aku harap kami akan dapat quarters dalam mindef atau ampang. Tetapi lebih baik kalau duduk dalam mindef, dekat sikit suamiku nak pergi kerja. Bolehlah dia naik motor atau basikal aje.. Iyelah, kami hanya ada satu kereta aje setakat ni. Dalam perancangan menambah satu kereta lagi, tapi aku harap suamiku bersabar sikit, sebab aku nak settlekan hutang kreditkad dulu.

Dalam rasa seronok nak memulakan hidup baru di sana, banyak benda yang aku fikirkan.. dah lama aku tak balik Kuala Lumpur.. kota yang padat dengan kereta dan ragam manusia, bolehkah aku memulakan rentak hidup sebegitu seperti zaman aku belajar dulu. Kos sara hidup yang tinggi, Kerjaya aku yang masih di tahap rendah (bagiku), ragam budak budak ofis yang ramai di pakatan KL, dan bagaimana sikap pengasuh anakku nanti di sana. Ramai yang saran ambik bibik.. tapi aku tak nak privasiku diganggu oleh bibik 2 yang banyak buruk dari baiknya. Biarlh aku beri rezeki pada rakyat tempatan dulu.. setakat mengasuh 2 orang anakku , kami masih mampu menanggungnya.

Selain dari cerita posting aku ni, aku juga dapat berita baik dari PTPTN. aku berjaya menukarkan skim 3% kepada 1% ..iaitu skim ujrah. Aku tgk banyak borang yang perlu aku settlekan untuk penukaran skim ni. Bertambah lagi satu kerja aku.. Selain borang borang ni.. aku kene settlekan borang LHDN.. tapi aku dapat buat pembayaran zakat pendapatan..so PCB aku tak patut di potong .. dah 2 tahun aku bayar zakat ni.. terpakalah aku pi claim balik duit PCB. Leceh betul.

Sekarang ni aku tgh tunggu agent prudential aku untuk terminate insurance aku. Bilalah dia nak ctc aku ni.. minggu lepas dia kata nak datang jumpa aku minggu ni.. tapi senyap je. Nampaknya kau kene bertindak segera sebelum insurance aku di potong dari kreditkad aku akhir bulan ni.
Lepas ni aku nak cari insurance berlandaskan syariat je.. kad kredit pun aku nak settle secepat mungkin tahun ni... bukan apa, kad ni konvensional.. lagi cepat aku settle, kurang sikit beban aku dunia dan akhirat.

Sunday, January 16, 2011

ainur sayang..1 tahun 4 bulan

Post ni nak citer pasal ainur... lama dah tak merekodkan perkembangan si bulat ni.. Umur dah setahun 4 bulan. Berat tak tau..mungkin dekat 9-10 kg. Petah berkata kata sampai aku pun tak larat nak layan.. klau time nak bercakap dalam Hp tu.. terpaksalah kita orang call, atok, opah, dan mak cik mak cik dia di pahang tolong layankan.. tapi time tak nak cakap.. memang sepatah pun dia tak cakap..letak je hp kat telinga..pastu sengih sengih..

Hobi skang suka membaca.. buku ainur je dah sebakul aku sediakan .. pantang nampak buku semua nak.. terutama ada gambar kartoon yang dia suka.. tau plak dia berlakon membaca walaupun tak faham. Tapi majalah pama tetap no 1 yang di belek cause banyak gambar colourful dan mainan mainan dalam majalah tu. klau layan majalah.. aku memang kene layan sekali sebab dia kan tunjuk mainan mainan yang dia hendak..

Ainur dah kenal dan tau dia ada adik.. adik dalam perut.. dia selalu sebut.." adik".."adik"..then cium perut buncit ibu ni.. opps ainur tak panggil ibu.. panggil mama skang ni... bangun tidur je.. panggil mama..klau abah ada kat sebelah.. baru dia panggil abah..suh bangun.. satu lagi.. dia memang patang tgk abah tidur..mesti dia akan usik abah suh bangun.. kalu tak bangun gak... dia duduk atas abah dia.. so klau naktidur.. sayang kene tidur dlam biliklah..baru aman sikit.

Ainur suka kartun pooh, pooro dibo dan upin ipin..most fevret cartoon dia.. yang lain.. so so aje. klau dapat tgk.. part lagu je.. mesti belari larinak ikut menari dan nyanyi skali.. tapi bila upin ipin.. tak berkelip duduk depan tv dari awal sampai akhir..

Dari segi vocab... banyak juga yang dia tau.. sebutan sebiji sebiji.. susah nak dengar dia cakap pelat.. kecuali full sentence yang aku sendiri tak tau apa yang dia nak sampaikan dan perkataan perkataan yang memang berbelit lidah sikit untuk budak setahun.. tapi bila cakap satu satu aku faham.. contoh.. nak air..air.., sakit..gatal...pampers, fish, susu, pooh, pooro,dibo, ayam, cat, ulat,busuk, berak=byak, buah, kerja, TV, mama, ibu, abah, ayah,atok, nyang, opah, wan, car, burung, adam dan wawa (jiran sebelah), adik, mandi, toilet, mainan, hot dog hot dog (kartoon mickey) dan susu.. itu jelah yang aku ingat.

Dia ni peminat coklat.. klau beli 1 bar besar, bagi semua rasanya dia boleh habiskan..yang aku tak tahan..nak sental baju dia lepas tu..so kene bagi sikit sikit je.. yang lain mama punya.. suka vitagen.. biskut fish.. makan sambil tangan buat fish tgh berenang..kuat minum susu, nasi.?? kadang nak makan bayak..kadang2 tak mau langsung..nak main je ngan nasi tu.. Oh ye.. ainur ni tak suka orang suap, suka makan sendiri walaupun tak berapa reti.. so nak paksa dia makan, tepaksalah aku betegas untuk suap dia. Satu sikap dia time mkan ialah.. sebelum aku hidang lelauk tu di meja.. dia dah minta pinggan minnie dia minta nasi.. tunjuk pinggan kat aku sambil jerit..nak nak..nak.. aku pun bagi seciput nasii dalam tu.. tak leh taruk lauk lagi.. nanti haru biru lantai rumah... then dia akan ambikposition dia di mana aje kita orang duduk.. pastu makan sama sama..itu yang susah sikit nak suap dia..selagi dia tak puas suap/main nasi sendiri selagi tu diaakan refuse suapan nasi dari aku.

Ainur juga nampaknya dah faham.. solat, macam mana nak doa.. dan mengaji.. tapi baca iqra jelah.. muka surat 1, A..Ba..A..BA. last last dia sebut abah. abah.., pastu minat sangat ngan mengadap lap top.. tapi minta buka katoon pooh je... suh pasang lagu maher zain insayAllah... klau dengar lagu maher zain..mulalah.. badan mesti nak menari nari..sambil muka tersengih sengih pandang abah dan mama. Semalam baru mama tau yang ainur kenal maher zain.. waktu tgk majalah.. ainur tunjuk tunjuk gambar maher zain kat mama sambil tunjuk lap top,suh pasang lagu maher zain. kebetulan plak oasis kuar video clip mamat ni.. ainur apa lagi terus menghalakan tangan ke TV.. ohh. ainur kenal penyanyi lagu insyaAllah ni.. nak jadi FB Maher Zain ke??

Gigi... banyak.. dah nak penuh mulut.. rasanya dekat 14 batang atu lebih.. mama tgk ruang kosong kat depan tu adalah tempat untuk 4 batang lagi. Gigi banyak banyak pun susah juga nak membasuh gigi ainur.. tak suka orang usik gigi dia.. klau nak berus.. just bagi ainur berus tu.nanti dia gosok sendiri..klau kita nak gosok.. dia terus tutup mulut. Ainur ni kadang dah pandai buat muka juga. muka tak puas hati, kadang kadang klau orang tegur.. dia buat kelipkelip mata tak nampak.. dengan kata lain ..buat bodohlah.. siaplah yang ajar.. pengasuh ainur kata .. ainur suka buli kakak farhana kat umah ye..tak baik... napelah ainur garang sangat.. Tiru sape ni??

Mama pun nak mita maaf kat ainur... selalu naik angin dan marah marah aniur.. sebab .. ainur suka sepahkan balik kain baju yang mama dah lipat, pungah semua plak tu.. ke-2 , ainur suka pegi kat tong sampah umah.. wlaupun mama bagi warning banyak kali pastu golek kat dapur dan tempat tempat yang banyak tahi cicak..kotorlah sayang, ke3, ainur suka buat benda yang mama kata jangan buat.. terutama koyak majalah mama, pungah majalah dan buku buku dari rak.. so tolonglah ainur dengar cakap mama k.. sayang ..Lepas kene marah ..tau plak ainu pujuk aku..dia bagi kiss jesambil pangil mama mama.. tapi klau dia start nangis.. aku menangtak sampai hati..kene pujuk diabalik. ermmm mmuah love u ainur..

Itulah serba sedikit pasal ainur di usia setahun 4 bulan.. gambar??nantilah.. mama ni malas sikit bab upload gambar cause lap top ni lembab sikit.. nak pakai comp ofis.. seganlah plak.. klau rajin akan di upload.. klau tak.. mungkin tunggu mama rajin ok..

Good Morning Monday!!

Aku nak mulakan hari ini dengan penuh semangat... semangat menyetelkan kerja kerja tertinggal sebelum aku bersalin awal bulan 3 ni... tak lama lagi, QS baru akan menyertai pakatan Penang, mengantikan aku, so banyak kerja yang aku nak handover kat dia, dan benyak benda juga aku kene brief nanti. Harap- harap diadapat handle semuanya. Aku cakap cam dah comfim je posting kan?? tak kiralah.. posting ke, tak posting ke, QS ni tetap akan masuk ganti aku time bersalin nanti.

Sebelum aku memulakan langkah baru di minggu ni, aku nak settlekan Zakat pendapatan tahun 2010 yang masih berbaki 3 bulan lagi, pastu nak cancelkan insurance prudential takaful aku. Mungkin skali dengan prulady. Buat masa ni, aku tak nak ada komitment bayaran insurance lagi. Rasanya tahun depan baru aku survey balik pasall insurance ni, cause agent aku kat penang ni sangat lembap. Aku nak cari agent muslim yang mudah di contact dan lebih bertangungjawab terhadap customer. Dulu , time nancy jadi agent, semua info cepat je aku dapat, tapi yang ni..terus lesap. so, nasiblah..siapa suruh tak pandai service customer.. ni dah 2 tahun aku tak dapat diary prudential tau??? Kemudian aku kene isi borangcukai pendapatan.. due LHDN bulan 4, time tu tgh pantang.. tak sempat- tak sempat... kene settle dalam 2 bulan ni juga.

Sepanjang hujung minggu lepas, hanya aku dan ainur di rumah.. tak lupa adik skali.. badan aku masih tak larat, cause tekak masih bengkak. Suamiku tak ada kat rumah.. dia terpaksa ke Alor Star menguruskan hal hal bekenaan hari jadi Sultan Kedah.. Esok baru balik.. Dia pun Demam juga.. kesian dia.. sehari sebelum dia bertolak ke Alor Star, suhu badan dia panas, aku hanya mampu tuam dan lapkan badan dia dengan air asam supaya suhu turun.. ainur plak ikut sama lap badan abah dia. Dia memang suka tiru apa aje yang aku buat. Then aku bagi ubat demam,batuk dan antibiotik sebelum dia tidur dalam bilik utama. Pasang aircond pada suhu yang paling rendah dan heavy blow, biar suhu badannya cepat turun. Aku ngan ainur tidur di luar aje.. saje nak bagi suamiku ruang rehat yang lebih..klau tidur skali, memang ainur je yang akan conquere katil tu.. lagipun suhu sejuk sangat. Aku plak masih batuk batuk. Tapi suami aku rileks je plak..hmm tak pelah..janji cepat sihat. Dia kata kat UK, dr tak bagi ubat, just pasang aircond dan kipas kuat kuat hala ke dia ,pastu suh minum ai banyak banyak masa dia admit dulu.. Apa yang aku fikir ye??? Tak beku ke?? UK dah sejuk.. pasang air cond + kipas kuat kuat lagi..minum air sampai 6 botol.. asyik tekucillah jawabnya, tapi mungkin itulah jalan terbaik.. jimat ubat, just a method of curing without using any drug.

Dalam aku mengeluh tentang demam yang melanda kami sekeluarga..sepatutnya aku bersyukur.. kerna penyakit yang menimpa kita adalah tanda Allah memberi perhatian dan tarbiah direct dariNYa.. Itu merupakan satu peringatan dan kasih sayang dari Allah, Kafarah pada dosa dosa kecil dan membersih hati kita.. Zaman nabi dulu , para sahabat selalu mendambakan perhatian dariAllah dengan penyakit yang menimpa mereka.. tapi kita seboleh bolehnya ingin cepatcepat sembuh dai sebarang penyakit.. Itulah akhir zaman.

Seriously, sepanjang sakit .. aku selalu terfikir,klau ajal aku tiba, sudah cukupkah amalan aku untuk menjadi sahabat di akhirat nanti.. macam mana dengan hidup lepas mati aku? dan apakah aku dah langsai segala hutang piutang urusan dunia ni.. Ya Allah.. banyak sangat yang tak langsai.. baik hutang zahir dan batin... ilmu dan amalan pun tak cukup baik.. tanggung jawab pada Allah, dan umat manusiapun masih ada yang belum langsai dan cuai dalam melakukannya.. seperti tidak besedia lagii ke arah tu wlaupun Mati itu pasti tiba bila waktunya. Jadi, aku berharap Allah akan memberi kektan dan kesabaran pada diiku untuk sentiasa betakwa dan istiqamah dalam melakukan kebaikan kebaikan di dunia ni..

Wednesday, January 12, 2011

UJIAN TAHUN BARU

Hari ni , ibu dan anak jatuh sakit.. setiap malam , dah 2 hari suhu badan ainur naik. Suami aku kata mungkin gusi dia nak tumbuh lagi sebab air liur selalu meleleh.. kesian dia.. susah nak tidur.. Aku plak demam sebab tekak bengkak.. dr kata aku kekurangan air, tapi rasanya dah tak larat aku meneguk air 2 liter setiap hari..cuma sejak akhir akhir ni, badan aku selalu panas dan aku kerap rasa nak terkucil. sebab tu kot tak cukup air dalam badan. Dapatlah aku MC 1 hari untuk merehatkan otak dan badan.. tgh hari tadi demam dan aku tak masak apapun ahari ni, nasib baik suamiku dah masak kurma daging semalam, so balik tadi just masak nasi.. Sorrylah sayang I memanng tak larat.

Semalam, aku survey set bersalin di internet.. survey punya survey.. tak atulah plak shaklee ada confinement set... respond pengguna pun semuanya positif.. Macam berminat plak.. just supplemennt ; multi vitamin, zinc, b-complex, vit C and alfaalfa.. ni yang buat aku teruja nak cuba. Walaupun ini anak yang ke-2, tapi bab set bersalin ni aku jadi sedikit blur. Time pantang ainur aku cuma makan produk Hpa yang di hadiahkan oleh kawan aku, tapi banyak benda yang aku tak habis makan, terutama air akar periuk.. langsung tak usik..sebab takut baby panas.. aku cuma makan pil pil dia je. Masalah lain ialah, masalah sembelit yang melampau plak.. dekat 2 minggu tak membuang rasa perut kembung aje.. kepala pula sakit.. jadi kali ni aku memang nak ambil set confinement yang betul betul ok. Selain tu ekonomi.. maksud aku berbaloi dengan pengeluaran aku.

Ada yang memberi nasihat, tak payah membazir beli set bersalin, sebab ubat untuk cuci luka bleh minta kat hospital je, ubat pelawas pun hospital boleh sediakan. Ada kawan kawan di BAKAT advice makan ubat pelawas yang beli kat kedai cina je... macam julap.. sebab lebih berkesan , itu tak lah mahal sangat klau nak di bandingkan dengan ubat dari set set bersalin. betul juga tu.Mandian pula aku beli jenis TYT je, 3 kotak, tak tau cukup ke tak.. aku tgk testimoni kat website dia semuanya kata ok dan best..so aku beli jelah..lagipun harga dia tak mahal sangat baru rM 6 sekotak untuk 2 uncang. Selain tu, aku dah beli tungku moden dari kawan sekolah aku.. berat 2kg , harga baru RM 35 je, klau kat luar diaorang jual rm 55.00 mimie jual memang murahlah. Dia kata berat 2kg nipun dah cukup untuk berpantang, klau nak panas pun senag , tunggu 5-10 minit dah bleh pakai , tak macam tungku tradisional. Untuk luka dalaman,mak aku pun ada bagi sebotol gamat al insaan ... sekarang ni yang aku nak cari supplement untuk memberi tenaga dan memulihkan kesihatan aku sepanjang berpantang aje. Menjengah forum di susuibu.comlah membuat aku teringin untuk cuba shaklee ni.

Benda yang paling aku minat pasal set shaklee ni ialah pil alfa alfa yang berharga RM 43 (ahli) untuk 330 biji. Boleh consume sampai 5 bulan setengah sebab sehari 2 biji aje. Fungsinya untuk memperbanyakan susu, susu menjadi lebih pekat dan elok untk memulihkan system peranakan. Aku pula memang berniat untuk fully breastfeed baby ke-2 ni ampaii 2 tahun, so stok susu mesti lah cukup, klau tak terpaksa jadi macam ainur, separuh jalan je niat aku. Memandangkan ainurpun menyusu secara part time, aku memang harap alfa lafa ni membantu pengeluaran susu aku. Aku skang ni cuma confuse nak beli trial set atau full pack.. trial set harga baru Rm 100 bleh pakai sebulan je. Full pack RM 200 lebih tuk 4 bulan,..itu belum masuk bengkung moden yamg berharga RM 200 lebih juga.. atau aku beli jenama fabulous mom aje, baru rm 90.Klau tak beli ..lambat plak kempis perut aku ni.. lagi satu, untuk perjalanan jauh elok gak klau aku ada bengkung yang betul betul kemas kat perut untuk menampung peranakan aku ni..apa yang menarik pasal bengkung ni, bleh pkai untuk c-sec juga . lepas bersalin pun bleh guna sebab ia nipis dan tak panas, macam tak pakai je.

Ish...ish..Sekali keluar duit cam air .. masa tinggal lagi sebulan lebih untuk decide, harap harap dapat claim milleage lebih sikit bulan ni.. bleh aku ambil full set shaklee+ set bengkung modern =RM 500. Ni tak termasuk nak ambil bidan mengurut ..berapalah semuanya persediaan bersalin aku ni.Nasib baik barang barang baby banyak yang aku sedikan awal awal.

Itu baru ujian persediaan bersalin, dalam masa yang sama aku dan suami juga akan berposting.. setakat ni, info di masih di semenanjung.. mungkin akhir bulan ni baru boleh comfirm, itupun kene sediakan duit juga. Kereta perlu di servis sebelum berpindah, duit untuk beri pada tukang angkat baru juga perlu disediakan, mungkin dalam RM 200-300, Klau dapat kuarters, taklah risau sangat..klau kene duduk luar..alamatnya kene siapkan deposit rumah , api dan air.. erm..banyak tu. Kawan aku kata, balik KL duit kene berkepuk jugalah sebab belanja jadi double. Maknanya aku kene try minta ofis lainlah kat Kl nanti.. anak plak masuk dua,belanja pengasuh pun bertambahlah. Tahun baru ni memang sungguh mencabar..semoga Allah sentiasa memberkati setiap perjalanan kami sekeluarga.

Monday, January 10, 2011

Berita sedih yang mengembirakan

Pejam celik- pejam celik.. dah masuk 2 minggu kita berada dalam tahun 2011.. tapi banyak benda yangtelah terjadi di sekeliling kita. Ada berita sedih , gembira, lucu , bengang , keliru dan memualkan. Setiap kali baca akhbar.. seolah olah Negara yang ku cintai ni tak bekembang maju dengan idea bernas dan pencapaian yang membangunkan umat mausia.. hanya perkara perkara satira kehidupan dan politik dijadikan bahan muka depan dada dada akhbar.. tak mendatangkan apap apa faedah langsung, meningkatkan kadar masalah adalah. Apalah nak jadi umat manusia sekarang?? "sigh.." Mungkin puncanya seing mengabaikan solat kot? atau sebenarnya manusia manusia ini lupa pada yang Esa?? Hari jumaat dan raya baru nak ingat Allah.. ok.. hanya selingan sebelum mencapai maksud sebenar tajuk..


Selesai aku menjalani pe interview di PDCC .. seperti biasa ku harus menunggu jawapan.. perasaan ketika menjalani interview tu??

  • sangat selesa,walaupun didepan aku ada 4 orang tukang interview. Mungkin aku pernah menghadiri mensyuarat dengan dua daripada mereka ketika di site meeting, so, aku tak rasa takut atau mengelabah.
  • Lebih banyak tanya berkenaan hal ehwal kerja di ofis lama.
  • Dari segi kerja , tak ada masalah. masalah klau nak jadi registeredQs, mereka tak dapat provide..company ni ada masalah..
  • Mungkin diaorang perasan aku ni tgh sarat mengandung walaupun aku tak bagi tau.. dari situ aku tau, yang aku mungkin akan jadi calon yang dipetimbangkan aje.
  • Then,dia tanya aku , if husband aku kene posting cam na sincemy husband is army officer?? hahh.. time soalan ni.. memang aku dah tau.. cam tak ada harapan je .. perasaan aku tiba tiba jadi 30-70.. dapat tak pe.. tak dapat lagi baik. sebab yang pasti tahun ni..memang suamiku akan posting..
  • lastly..aku ucapkan terima kasih kerana meletakkan aku dalam senarai pendek temuduga yang di pohon lebih 50 orang tu.
  • Kesimpulanya.. dari segi kerjaya . .. mereka kata tak ada masalah.. mungkin bleh di petimbangkan untuk second stage..tapi peribadi.. tgh sarat pregnant and husband yang mungkin akan posting.. itu perlu diambil kira.. lagipun dia orang nak 1 jeQS..
  • Aku..okje.. keluar ari PDCC.. aku beserah jelah.. usaha dan tawakal.. klau dapat rezeki , tak dappat rezeki aku di tempat lain.. ( dalam hati;; bialah tak dapat!!)

Actually, aku memang saje saje minta PDCC ni unuk mencari pengalaman interview selepas 4 tahun tak menghadiri mana mana temuduga. selain tu untuk update resume yang tak pernahku update selama 4 tahun juga.

After a week.. aku dapat jawapan " anda tidakberjaya" dengan gembira dan bersyukur.. Sesungguhnya , hanya Allah je yang tau betapa aku susah hati klau klau jawapannya anda berjaya ketika ini. Rasa tak mampu plak nak bejauhan dengan suami semata mata nak kerja di PDCC. Nak tolak sayang.. lebih baik tak dapat terus.

Beberapa hari kemudian.. suamiku dapat call dari mindef.. c.o Huzaimi call bgtau dia dapat posting jauh di seberang.. Jauh tu.. lagi jauh dari keluarga.. tapi aku teruja juga nak ke sana. Suami aku tak kisah, cuma kerja aku jadi masalah.. terpaksalah aku call KL untuk memastikan cawangan sana available atau tak nak tambah sorang lagi... Tak ada jawapan yang pasti dari ofis Pakatan.. Dauk seri akan turun penang hari ni untuk bincang ngan aku face by face..klau kena risik kekosongan di KL ofis juga ni.. C.O huzaimi nak keputusan segera supaya dia dapat memastikan aku sekeluarga dapat mencari nafkah bersama di satu tempat.. Nasib baik ada C.O yang prihatin.. Lagipun suamiku beritahu dia nak sambung belajar tahun depan cause dia dah banyak ketinggalan dari scout scout dia yang lain.so mungkin masalah itu yang akan di pertimbangkan nanti. Jika dia kesana , sukar sikit nak balik ke semananjung, erm..so kesimpulan nya.. yang pasti aku akan posting selepas bersalin nanti.. tapi ta pasti di mana tempatnya..antara 2.. semenanjung atau timur? Aku harap dapat jawapan segera supaya senangaku nak set up persiapan perpindahan kami sebelum bersalin bulan 3 ni.

Melihat perjalanan yang Allah aturkan setakat ini pada kami sekeluarga, keaadaan memang terkawal dan terbaik.. aku tak kecewa dengan keputusan PDCC.. Antara 2 tempat yang di tawarkan untuk posting juga menarik dan masing masing ada kelebihan untuk aku dan suamiku.. cuma yang tebaik belum dapat kami tentukan kerana semua jawapan ada Pada Mu , pengerak hati hati di Mindef.

Sunday, January 2, 2011

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru buat diriku dan semua umat manusia di luar sana.. Sebelum aku memulakan bicara 2011, terlebih dahulu aku ingin mengucapkan syukur alhamdullilah atas kesempatan yang Allah kurniakan padaku sehingga hari ini.. dan tahun 2011. Alhamdullilah... aku masih menghirup udara dan menikmati kehidupan di alam ini. Alhamdullilah untuk segala rezeki dan dugaan yang Engkau berikan padaku.. semoga ia menjadi penambah semangat dan peringatan untukku menjadi lebih baik dari hari ke hari. Syukur Alhamdullialh..


2011..

Aku..Usiaku akan bertambah setahun lagi.. menjadi 28, aku akan mempunyai seorang anak lagi.. inyaAllah anak lelaki..mekengkapkan kehidupan kami suami isteri..

Perkahwinan ---Usia pekahwiana kami pula kan memasuki tahun ke 3.. begitu cepat masa berlalu.. tak sedar yang aku telah mengenali suamiku 3 tahun.. aku masih ingat pertemuaan pertama aku dan dia ialah pada 28 disember 2007.. di messr 2 ramd.. tapi taklah berborak.. just say hi.. bila adi kenalkan aku ngan dia.. then 10 january 2008 , sekali lagi adi ajak aku menjadi partner untuk majlis hari jadi lt kol Aziz, so malam tulah first time dia berborak ngan aku,berborak pasal unit trust je.. so bored kan.. tapi timetu aku baru aktif jadi cimb wealth advisor.. apa yang penting aku dapat client.. setakat tu je kot..pertemuan aku.., kemudian..start calling each other.. then he help me to find customers,.. we had date for only 4-5 time before he asked me to be her wife.... sangat ekspress.. itulah jodoh.. dan itulah doa yang aku selalu pohon agar di temukan jodoh secepat mungkin setelah 4 tahun tanpa kekasih.. hehe..thank you Allah and i love u sayang .. Moga jodoh kita hingga akhir hayat.

Ainur Maryam.. 30 dis 2010.. kakak dah masuk setahun 4 bulan.. seorang yang sangat aktif.. pandai berjalan pada usia 10 bulan, dah ada 12 batang gigi setakat ni...termasuk gerham.. pandai merajuk dan mengikut apa aje yang orang cakap.. sangat aktif bercakap sejak 2 bulan lepas.. dah kenal kartun pooh, dibo, chunggington, barney, pororo dan banyak lagi dalam channel playhouse disney.. dah tau adik ada dalam perut dan selalu cium adik/ perut ibu. suka menari ikut rentak lagu kartun kartun yang ditonton dan ikut menyanyi..walaupun sebutan tak lengkap.. Kakak juga dah pandai berdoa ikut ibu dan suka menconteng buku dan drawing block.. banyak yang kakak dah pandai.. ibu tak tahu sama ada terlalu cepat atau satu tumbesaran yang normal.. harap harap normal .. mungkin advance sikit sebab ibu selalu bagi kakak ubat minda. pak cik yang buat ubat minda tu ada pesan kat ibu .. klau anak kecik amalkan ubat homeophaty ni, otak dia akan jadi cerdas dan cergas, tahap curiousity akan bertambah dan anak memang akan aktif, so ibu perlu pantau dan memberi input yang betul pada anak anak ibu. Itulah yang ibu cuba lakukan pada kakak.. sekarang ibu cuba mencari sebanyak mungkin bahan bacaan dan pembelajaran yang sesuai ngan kakak sebab kakak sangat suka membelek buku.. kadang kadang berlakon macam dah pandai membaca, dan kakak suka bertanya tentang apa yang ada dalam buku.. kakak buat ibu nak jadi cikgu tadika aje..

Adik.. insyaAllah mengikut scanning baby boy.. dapat juga sepasang.. insyaAllah adik akan menjenguk alam ini dalam bulan 3.. rak sabar rasanya nak jumpa adik.

Kerjaya.. moga lebih cemerlang dan baik.. harap Allah memberi sesuatu yang terbaik untukku.Amin.

Selamat Datang 2011