Monday, November 29, 2010
Perkahwinan dan anak
kehidupan ku yang bercampur gaul dengan pelbagai lapisan masyarakat di kem dan luar kem telah membuatkan aku sedar isu zuriat adalah isu yang paling sensitif dan utama bagi mereka yang telah berkahwin.. mana ada pasangan yang tak nak anak.. selain anak kucing, tekak dan mata..anak dari campuran kimia suami isterilah yang paling behaga dan berniai... perasaan memperolehi zuriat sendiri memang tak dapat di gambarkan... aku rasa setiap orang pun begitu kan.
Ada jiran jiran aku yang berkali kali mencuba dgn pelbagai cara tetapi masih belum ada rezeki hingga kini, ada yang dapat anak lambat ,tapi alhamdullilah Allah mudahkannya dapat mengandung lagi.. ada yang tak dapat langsung, tapi Allah bukakan hati untuk memelihara bayi orang lain yang memerlukan perhatian.. ada yang dapat sekali..tapi sukar unuk kali kedua pula..macam macam ujian dan hikmah yang Allah berikan pada pasangan yang bekahwin untuk kita renungi dan muhasabah diri agar kita sentiasa bersyukur dgn apa yang ada.
Oleh itu aku pun tak faham klau ada manusia manusia diluar sana yang merancang membabi buta tak nak anak lagi sebab bz or duit tak cukup..tak tahu ke mereka bahawa anak itu punca rezeki dan keberkatan dalam hidup..harta dunia dan akhirat yang tak kan hilang walaupun mereka amanah yang berat untuk kita. Aku tak kata orang yang dah ada anak.. tap mereka yang baru kahwin ni.. aku rasa mereka ni orang yang sombong pada Allah bila cakap cam tu.. Fitrah manusia yang berpasangan 90% akan mendapat anak bila bersama. Kecuali mandul..klau sehat 2-2..cepat atau lambat lekat juga.
Satu lagi yang aku tak faham ialah manusia yang buang anak ni.. yang ni memang patut mati di sula kot.. klau tak nak, letaklah budak tu kat tempat yangg selamat dan dilindungi ..ni tak main bunag je baby tu merata rata.. siap tanam kan lagi..ish ish ish..jahiliahnyelah.. dah lah dosa besar , buat lagi satu dosa besar= 2dosa besar (zina dan membunuh)...last2 hidup tak berkat.. ada yang jadi gila.. anak tu insyaAllah ke syurga.. ibunya ..Allahhuallam..hanya Allahje yang tau.. takut aku nak sebut..sebab aku takut seksaan alam barzakh dan neraka. moga aku akan sentiasa mengigati 2 perkara ni dalam hidup aku.
Pil perancang.. aku tak berani nak kata benda ni boleh atau tak dalam merancang keluarga.. ada yang kata bleh,..ada yang kata haram.entahlah..klau kaedah azal seperti yang dianjurkan islam bleh.. kaedah lain ..bleh tetapi niat kene betul..hanya untuk kesihatan ibu dan anak aje.. tapi keutamaannya mestilah kes kesihatan ibu..itulah yang di perkatan ustaz dan majalah majalah agama yang aku baca.. klau kita takut masalah keawangan samalah kita kata Allah bukan pemberi rezeki.. sedangkan Allah pernah berfirman bahawa setiap anak itu rezeki..jadi niat tak menghalalkan cara.. Klau kita rasa tak nak menzalimi keperluan keluarga dengan keluarga yang besar eloklah kita bincangkan hal ni dgn orang yang lebih ariff supaya niat kita tak tersasar dari landasan agama..
Cabaran pertama
Sepanjang pemakaian CD selama 4 hari ni , ada 3 kali dia berak.. itulah yang paling aku khuatirkan selama ni.. kalau setakat kencing je, bleh aku basuh dan bilas je.. tak jadi masalah sangat..tapi bila bab poo poo ni.. aku mengelabah juga for the first time.. tapi nak buat cam na, tak kan nak geli ngan taik anak sendirikan.. klau poo poo dia yang terlekat kat nappy liner tu aku bleh buang and flush je dalam jamban.. yang lekat kay CD aku kenen pancutkan air kuat kuat kat CD tu.. alahamdullilah senang je nak hilangkan baki baki poo poo ainur.. pastu aku cuci ngan sabun lunatot.. sental sikit sikit..then bilas 2-3 kali pastu aku rendamkan dalam air bersih 1-2 jam.. pastu aku bilas lagi sampai yakin tak de bau dan kesan sabun.. lastly aku spin ..jemur kat bawah cahaya matahari untuk hilangkan kesan kuning yng tinggal sikit sikit tu.. klau cuaca baik..panas ok dan berangin, kejap je CD ni kering. Kira lepas ni aku taklah susah hati lagi klau ainur berak.... sebab dah tau nak uruskan taik taik tu.
Stakat ni untuk hujung minggu ( 2hari), aku rasa dalam 12-13 pampers aku dapat jimatkan.. wow kira banyak tu.. dekat RM 6-7 gak aku jimat. Skang ni aku cuba praktikan pemakaian CD di malam hari. masalah malam ni.. aku pakai single inserter je, klau double ainur tak selesa cause inserter autumz agak bulky. Bila pakai single insert, ainur mudah bocor.. at least pukul 3 pagi kenen tukar CD.. itupun kalau aku rajin.. Tapi setakat ni dah 2 malam bocor sikit. Aku rasa nak try lunatot punya inserter ..yang jenis hemp and microfiber yang dijahit sekali. Aku tgk jenis ni nampak nipis sikit.. mungkin ainur boleh pakai. Tapi inserter ni mahal sikitlah RM 27 tak silap aku.. klau nak jimat beli 1CD lunatot yang sekali ngan 2 inserter ( 1 microfiber, 1 double inserter) baru RM 60.00. Yang ni bleh jimat RM 15.00 dan dapat 1 CD.
Selama beberapa hari bersama CD ni , aku rasa benda ni taklah membebankan aku sangat.. time mandia ku bleh basuh CD...lebih lebih lagi aku ni jenis 2-3 pagi suka terbangun malam.. so time nilah aku bleh basuh CD-CD ainur yang aku kumpulkan seharian.. masalah ayang aku hadapi sekarang ialah..aku tak cukup CD.. memang kene tambah at least lagi 5.. pasni..misi utama aku ialah menambah CD untuk kakak Ainur.. Untuk adik aku rasa nak try buat prefold diapers je seperti yang diasarankan dalam clothdiapermalaysia... Actually CD prefold lagi mahal dan susah nak cari kat malaysia.. tapi klau kita kreative... benda ni sama je cam convensional diapers... cuma beli dia punya cover plastik je. Insya Allah..yang ni aku kene cuba dulu..klau larat aku akan teruskan sepanjang berpantang nanti..klau tak campur campurlah dgn pampers ye adik.
Wednesday, November 24, 2010
DIY barang baby
Ainur's 1st CD
Sunday, November 21, 2010
Kenangan bersama Allahyarhammah Cik Wok
Wednesday, November 17, 2010
Tour to cloth diapers
Sunday, November 14, 2010
Sterilizer
Lastly susun cantik cantik dalam rak botol susu ni..klau tak de boleh susun di luar sambil lapikkan kain bersih supaya botol kering dan sentiasa dalam keadaan bersih.. anda boleh juga susunkan semua botol botol tadi ke dalam bekas yang bersih dan biakan kering.
Kebun di balkoni.
Tuesday, November 9, 2010
November penuh dugaan
Ya, petama.. kami terpatahkan basikal A-bike ketika mencuba di kedai kawan.. tapi dah kira consider sold plak.. tak pasal pasal melayang beberapa ratus.. walaupun mengikut customer right .. kami tak perlu bayar.. sebab tgh cuba dgn cermat giler basikal boleh patah.. maknanya basikal tu tak baguslahkan?? Untuk tdak memanjangkan cerita kami bayar unuk sparepart aje.. so win win situation.. walaupun aku rasa tak win pun. Duit tu baik aku beli cloth diaperunuk ainur.
Ke-2.. dalam aku berkira kira nak buat spek mata aku yang hilang ni... ainur sayang berjaya plak mematahkan spek mata abahnya... huhuhu.. sebab abahnya lebih memerlukan spek lebih dari ibunya.. terpaksalah kami dahulukan abah.. Aku pun dapat juga tapi yang swatch pakej je.. ( aku berangan nak pakai Bonia)... terima kasih untuk Ayang yang belanja kak yong spek.. My hubby pula dia beli frame kappa promotion yang sangat cantik..jealeousnye!!!! Dah lah cantik , dapat 60% discount plak tu. Nasib baik cemin boleh pakai.. so dapatlah kami berjimat di situ.
Ke-3 aku kena saman ekor.. yang sangat tak berbaloi untuk disaman..kelajuan aku hanya 86km/sejam..klau lebih 120km/jm ok gak... Itu dah pasti terbang RM 300.00 punya..Adoii!!
Inilah tiga masalah terbesar dalam bulan ini... aku harap aku dapat pengajaran dari peristiwa peristiwa diatas.. klau nak cuba basikal... aku ngan suami aku akan cek betul betul supaya kami tak jadi kambing hitam lagi... nak simpan spek mesti jauh dari capaian ainur..budak kecik ni suka main main ngan spek mata kita orang...ke 3.. tgk hadlaju betul betul.. Bawa cermat ..Hidup selamat.. duitpun tak terbang.
Wednesday, November 3, 2010
DEMAM DAN TF
Semalam ainur bangun pukul 1.30 pagi mengejutkan aku. Mula mula aku panggil dia tidsebelah, tapi dia buat dek je.. tak nak layan aku..sambil nagis nagis... penat campur confuse.. aku pun temaah ainur...suh tido...lagi kuat dia mellak.. then..pujuk-pujuk.. bagi dianenen..masih nangis gak.. apa lagi sikecik ni nak ?? Aku pegi bancuh susu then bagi dia.. senyap sekejap.. aku masuk toilet... dengar dia menangis balik... tak boleh kene tinggal langsung..lepas ambil air sembahyang, aku pujuk pujuk sikit dia.. suap dia susu balik..solat.. tiba tiba dia nangis lagi.. apalagi yang tak kene ni... owh.. rupa upanya.. pampers dah penuh.. so, tukar pampers..ajak dia tido.
Lepas tukar pampers.. dia nak tgk tv plak... bukaklah playhouse disney...tgk tiger and pooh setengah jam..mata aku dah ngantuk ni.. ainur plak ajak aku bercerita ttg tiger and pooh plak..kisah anak gajah yang susah nak tidur.. bila aku kata kat dia.. ainur nak ibu nyanyi cam anak gajah tu ke baru nak tido... dia sengih sengih.. ambil botol susu.. tapi tak nak tido.. si kecik ni nak baring atas tiles plak.. pnas kot.. aku pun bagi bantal ..walaupun orang kata tak elok tido atas simen.. aku tepaksa biarkan dia tido dulu atas tu..then baru angkat, klau tak mulut dia mesti bising...
Macam mana aku nak bagi dia tido ni... aku tutup semua lampu kecuali lampu dapur ngan alley tgh umah, aku tutup tv..panggil dia tido sebelah aku sambil berselawat dan usap usap belakang dia.. akhirnye berjaya juga.. tapi aku yang tertido..dia taktahulah..cause pukul 6 pagi aku tgk kepala dia atas tilam , badan kat lantai..mulut tgh bising bising..rupanya suhu badan dia dah naik... panik gak... panas semacam je ni.. apa lagi ambik kain tuam badan ngan kepala dia...pastu paksa makan ubat.. time makan ubat nilah yang paling dia tak suka.. mungkin takut tgk picagari yang besar gedabak tu masuk mulut dia kot. Apa apalah janji ainu sihat.. bila suhu dah turun..baulah dia sambung tido..
Kesian ainur.. ibu tak belikan tansfer factor untuk ainur lagi..klau begantung pada ubat biasa demam ainur lambat nak kebah..klau ada tansfer factor tak payahibu susah susah bagi ainur makan ubat,ainur akan terus kunyah transfer factor tu..lepas 6 biji..insyaAllah 2-3 hari ainur dah baik dari demam,selsema atau batuk.. nakbagi susu ibu pun sekarang dah tak cukup macam dulu, so imunisasi pun dah kurang..ainur tak nak makan buah , sebab ainur tak suka masam masam.. nanti ayah balik ibu belikan trabsfer factor tuk ainur k.
Transfer factor- it is not a medicine,homeopathy , drug or whatever in a same , it just a capsule filling with transfer factor molecule only, which can generate your body imunitition. So, by using this TF, our body imunitition can fight any illness/badcell without harming ur body cell. Actually , in our body,there are bilions of transfer factor cell living in and fight for any unwanted cells, but the amount is decreasing day by day..that's why people easily fall sick when their age is decreasing day by day. The sources of TF for a human is from breastfeeding.. that is main sources for us.. another sources are cow milk colostrum and egg yolk which have to be abstracted to get the molecule.But the main source for TF production in this bottle is from cow colostrum and egg yolk. ( I believe we do not have a farm for breastmilk production yet)So, it's really really safe and natural for ur body in any ages ( newborn - oldfolks). And it's HALAL. If any body want to ty this product or get moe info; u can search in intenet by type transfer factor. U wil see a lot of miracle by this research.. Allah is the Great who has create and teach us about the wellness of breast feeding.. It have been proven by science - why the breastmilk is the best for human biologically and emotionally.
.
Monday, November 1, 2010
AKU DI BULAN OKTOBER
Seperti biasa beban keja aku makin bertambah nampaknya bulan november ni.. banyak projek yang semakin kepenghujung waktu, bermakna final payment akan menyusur. Tak tahulah sempat atau tak aku siapkan sebelum aku bersalin. Aku terpaksa mengumpul kembali segala data data payment yang lama dan outstanding v.o supaya masalah tak akan timbul bila aku start bercuti nanti. Aku juga sedang sibuk menyiapkan diri untuk meluaskan lagi pengalaman aku di company company yang lain.. dengan pengalaman 4 tahun lebih ini aku harap tebuka ezeki akudi tempat yang lebih baik pada masa akan datang.. Moga rezeki baby no 2 ni dapat menadikan ibu QS yang lebih baik..ye sayang..doa doakan ibu..i'm very hope for the second link..if not... ikut ayah ke batu gajah je lah..
So the check list project now are;
- Medium cost apartment 1B - to be final account
- Spa and Gymnasium - Cost Estimate and Tenderstage
- 24 unit Bungalow - interim payment, v.o and peparing final data
- Medium cost apartment 1A - V.O pending , interim payment
- Computer labs - Interim 11, 12 , M&E issued sum and final payment
- 21 Unit Bungalow - distibution of tende documents
- My C.V - Up date the c.v everytime ( This should be the priority!!)
BAKAT
Ini salah satu persatuan wajib untuk aku sebagai isteri askar,, Aku ahli bakat 2RAMD merangkap ajk masakan. Keja aku lebih tertumpu pada penyediaan sajian sahaja.. tetapi kadang kadang aku akan tolong hal hal kreatif juga. Ada pro and con dan menyertai bakat ni.. Sebenarnye terpulang pada ibu BAKAT itu sendiri ke mana hala tuju diaoang dalam menghidupkan BAKAT. Setakat ni , aku dah berada di bawah 3 teraju BAKAT .
Pertama Kak Rozi. Aku hanya sempat bersama kak rozi dalam 4-5 bulanje seingat aku.. aku, tak banyak aktivii yang aku ikuti bersama kak rozi sebab time tu aku kira orang baru dalam BAKAT ni,, klau dia orang panggil officer wife turun , aku ikut jelah.. masih termangu mangu setiap kali aku join dia orang.. tak faham sangat lagi macam mana nak bergaul dengan office2 wife and other wives lah.. iyalah.. baru jadi wifelah katakan. So, aku tak boleh nak judge hala tuju bakat time nilah.
Secondly, kak wati.. time ni baru aku aktif gile..tapi aku pun dah start mengandung anak pertama.. so ke aktifan aku pun hanyalah setakat yang mampu je.. mengandungkan anak pertama ni alah aku teruk juga.. sampi nak bersalin aku rasa mual mual.Dari awal tahun hingga akhir waktu kak wati di 2 melayu lebih kurang setahun setengah.. kak wati seorang guru, so dia mengaiskan hala tuju bakatdengan jelas dan meletakan BAKAT lebih kepada keluarga dan agama. Diamping aktivii2 yang menyihatkan,kak wati nampaknye berusaha memberi ilmu pengetahuan keagamaan dan pengurusan kendiri dan keluarga pada ahli ahli bakat..sayangnya ada pekara perkara yang tak dapat dia settlekan sebelum posting.
Thirdly, Kak Fidah. Dia masih baru di sini.. setakat ni kak fidah lebih banyak menghabiskan aktviti aktiviti bakat yang tergendala setelah kak wati serah jawatan padanya. telalu awal untuk lihat hala tuju kak fidah.. cuma nampak dia lebih suka dalam bentuk hiburan setakat ni.. ada juga aktiviti aktiviti kekeluargaan yang diatur tapi lebih dalam bentuk kebajikan ahli bakat. Dari segi agama, kami banyak mengikuti majlis bacaan yasin yang diadakan beberapa kali di rumah beliau dan rumah BAKAT. Walaupun kak fidah masih baru, BAKAT agak aktif dan sibuk bersamanya, mungkin kekangan masa yang memerlukan BAKAT menutup segala aktiviti sepanjang bulan 11 dan 12 ini membuatkan kami seperti lipas kudung yang tak cukup tangan dan masa untuk menyetelkan segalanya. Sebagai officer wife dan ajk , banyak yang pelu diuruskan dari pihak atasan hingga yang bawah.Penat memang penat, pesiapan setiap majlis mesti lancar seperti yang di harapkan kak fidah yang banyak idea , kadang kadang menjadi keadaan sikit tak keruan dan tertekan. apapapun semuanya telah selamat.. dan kami boleh rehat. Harap tahun hadapan keadaan tak sebegini kelam kabut dan lebih tersusun.
Messr night,
Ini pun satu majlis yang agak besar perlu kami suami isteri hadiri, selepas sibuk ngan BAKAT ( Masa ni banyak lagi aktiviti tak settle) kene fikirkan hal ni plak. Biasanya masalah pada isteri isteri jelah.. hehe nakpakaiapa malam ni.. walaupun ada garis panduan , tapi macam tak up to date.. fahion is one of the fastest wave lah beb.. i thought its should change according to the trend as long as it is not too much.
Oktober Bulan berjalan jalan..
Selain kerja yang banyak dan BAKAT yang sibuk.. aku tak melepaskan peluang berjalan jalan di hujung minggu bersama keluaga tercinta, Sementara suamiku tak terikat dengan peraturan jadual kem kerana berkursus dapatlah kami berjalan disekitar penang hingga ke perlis untuk melawat, kekawan, cikgu dan sedara mara.. Disamping itu, kami juga dapat pulang ke kampung membawa cucu melawat opah dan tokwannya. Kira settlelah tugas tugas aku dan suami dalam mengeratkan silaturahim selepas raya.YA.. apa apaun aku rindu keluarga dan kawan kawan di kuantan..
Ainur,
Selain dari aktiviti diatas, ainur merupakan little princess yang perlu diurus dan diberi pehatian selalu. Bulan ni adalah bulan dia mendapatgigi bau dan gusi.. so,apalagi.. asyik demam jelah minah kecik ni.. sekejap demam pans, batu dan selsema..adalah 2 bulan.. dalam demam demam tu.. dapat pulak basikal baru dari ayah dia.. baik demam sehari.. esok sambung balik.. yang susah hati ibulah..tranfer factor dah habis terpaksa lah bergantung pada ubat ubatan doc dan homeopathy disamping tawakalpada Allah moga ainur cepat sembuh.. Then sepeti dijangka, demam ainur hanya 2 minggu, Ainur jadi seperti biasa, lasak kembali... suka panjat meja, kerusi dan katil.. bulan lepas dah dua kali ainur jatuh .. ishhh risau ibu... asyik kene tuam je.. nasib baik timetu ayah ada.. ainu ainur.. moga ainur jadi anak yang pintar dan solehah.
So, the end of october 2010,
Kem sangat sunyi dengan aktiviti aktiviti ketenteraan.. masa ni dipanggil suami masuk hutan..menjaga sempadan.. isteri apa lagi ada yang masuk kampung menjaga keluargalah.. ada yang kene tinggal sebab kerja dan anak anak yang masih besekolah.. aku masuk kategori nilah.. hanya sepuluh persen je suami suami yang tak masuk hutan. Kali ni, dia dioarang bergerak ke GUbir, sik kedah.. hutan yang memang dalam dan padat.. nasib baik suami aku tak masuk lagi sebab kursus .. so masih boleh calling calling darling..klau dah masuk bulan 12 nanti.. terpaksalah tunggu hngga dia orang keluar plak. klau dia orang ditinggal suami untuk 2 bulan , aku pulak akan masuk 4 bulan semenjak suami aku mengikuti kursus dari bulan 8 lagi.. balik end of november, then masuk bulan 12.. Bulan 1 baru semua balik..perut aku pun dah memboyot 7 bulan 1/2. Nak buat cam na..this is an army wife life.