Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ainur Maryam

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, August 5, 2010

3 month pregnant

Mengandung kali ini keadaan tak seperti mengandungkan ainur.. aku tak kerap muntah tapi tekak sentiasa mual dan sakit kepala.. puasa tahun lepas pun aku tak sempat nak ganti..nampaknya aku kene bayar fidyah n ganti dua kali gandalah tahun depan.. nak buat cam na? Berat badan turun naik.. tapi tak turun banyak..naik je lebih.

Aku pun skang dah start menghobbykan diri dengan window hopping barang baby di alam maya ni.. macam tak cukup2 barang ainur dulu.. memang pun .. aku nak sangat beli bouncer or baby rocker.. tak kira.. baby yang baru ni kene ada satu juga.. aku pun dah mula mengusha2 en suami ( pinjam perkataan jet) untuk beli yang fisher price je..hehehe.. harap dia tak terkejut bila nak kuar duit nanti.. benda benda lain2.. aku tgh merancang lagi.. end of 7 month pregnant .,the list will be ready to be pick and pay..

Mulai bulan ini aku nak ajar ainur panggil dirinya kakak.. ialah orang dah nak dapat adikkan. ainur setakat ni nampak ok je.. setiap kali aku panggil dia menyahut..tak pernahlah pula dia buat dono.. kecuali mengamuk nak tidur. Kakak sekarang kuat makan... she love to eat keropok ikan and biskut baby bite.. makanan lain: aiskrim..hehe, nasi berlauk dan biscut tiger.. moga anak ibuni cepat membesar..Owh.. this month she will be 1 year.. what should i give to her? Baju raya...hmm kek and mainan.. cukuplah tu..kete ayah dah belikan??

oklah.. Ibu sayang ayah and ainur...luv u..mmmuah!!

Wednesday, July 7, 2010

WHEN I HIT 27..

When i hit 27..
Alhamdulillah , i'm still a muslim.
Daughter and older sister in my family.
An army wife to my beloved khairulnazli
A mum to my beautiful daughter,maryam,
Insyaallah a mum to be to my another child next year,
A technical staff in my office,
A typical quantity surveying,
Still live in penang since i graduate,

There are some bored and happening events happen around me for this 4 year,
I thanks to Allah for all the joys and prays for the best in every single phase of my life.
Hopefully this 27 will give me a good momentum in my carrier..
This is what i really want ..

Anotehr thing???
Syukran to Allah.

Saturday, June 5, 2010

KENDURI


Cuti sekolah dah nak mula.. jemputan perkahwinan pun semakin banyak diterima.. tapi sayang, tak semua aku dapt hadiri... baik belah aku and suamiku.. harap kekawan jangan berasa hati ye... cause sepanjang cuti ni aktiviti kami di dalam kem ni agak packed dan kami berada agak jauh dari utara, so klau ada rezeki and masa yang terluang .. dapatlah kami hadiri..minggu depan kami ada hari keluarga di sedim, kulim..jadi minggu depan insyaallah aku akan update pasal percutian ini..


Tahniah buat sepupuku zati .. yang telah selamat dinikahkan di masjid besar daerah sik, kedah dengan pasangan nye...maaf aku lupa nama.. moga kalian berbahagia selalu hendaknya..amin.

Tuesday, May 11, 2010

Bahaya facebook..

Hni cik nadia telah postkan satu perkara yang betul betul menyentuh minda dan iman kita untuk di kongsi bersama. artikel ini adalah berkenaan bahaya nye facebook jika disalah guna kepada umat manusia amnye and muslim khususnye, U can read it from her blog Cik nadia

Monday, May 3, 2010

PENING KEPALA..

Saya sangat pening memikirkan bebrapa perkara yang tak settle lagi.. terlampau banyak di masuk masalah "negara kecil" saya..

Tadi baru lepas register CIDB .. belum masuk kelas lagi.. so baru half way..punya lama nak buat green card.. mengantuk..zzzz

lepastu.. nak kene regist BQSM plak,... baru cek website.. rupa rupanye dia orang dah keluarkan pekeliling baru untuk TPC.. nasib baik tak submit borang tu ISm lagi...itulah tak nak regist awal awal dah banyak benda aku kene buat. Printer buat hal .. tak dapat nak print borang kat umah.. ter[aksa pi office print.

Lepas tu cuba selesaikan masalah orang bergaduh.. oohh.. pening.. kenapa tak nak berkomunikasi cara yang baik dan bijak.. jangan menyakiti hati orang dan buang ego untuk keharmonian rumah tangga.. Family first in what ever situation.. betultak? Ya Allah limpahkan rahmat dan kebahagian kepada mereka..

Balik umah kene kemaskan umah plak.. biasanye saya juga yang buat sepah.. so terpaksa gak kemas.. yang paling saya geram... air kat kawasan laundry saya ni kecik sangat .. cam na buat?? hope dapat settle baju baju ni at least esok..

Lepas ni nak kene masuk ofis balik.. sebelum tu ingat nak pi bank dulu settlekan payment insurance..malam ni nak lepak aje ngan ainur sambil tgk .. Kimora in the fab lane and desprate housewife.. i love to see these two show...reality and fantasy.then tido.. menunggu hari rabu.. khamis ..jumaat..sehingga suami saya pulang dari Kursus.. miss u sayang.

Tuesday, April 13, 2010

Registered profesional??

Petang tadi bos aku tanya bila lagi aku nak ambik exam profesional.. hmm.. apa patut aku jawap ye..?
Aku memang nak ambik exam tu sebelum aku kahwin lagi.. siap isi borang ..tapi tak juga sampai sampai kat bangunan ISM tu... Aku pun tak tahulah kenapa semangat dan usaha aku makin kurang sejak dua menjak ni.. aku macam hilang fokus dengan apa yang aku buat skang .. walaupun tiap tiap ari aku tanam azam untuk jadi yang terbaik hari ini dari semalam.
Inpian aku terhadap kerjaya aku ni banyak..see my list
  1. nak jadi registered QS dalam masa 5 tahun ni..
  2. Nak ambik master dalam bidang management.
  3. nak kerja ngan konglomerat plak.. tapi mungkin lepas jadi registered QS kot,
  4. nak bukak bisness sendiri..
  5. berusaha dengan gigih.. sampai berjaya
  6. akhirnye aku nak share ilmu Qs ni dengan generasi baru plak.. so jadi lecturer UNI sambil buat PHD..

Ya Allah.. boleh ke aku capai semua ni dengan keadaan sekarang... Fokus aku skang ni banyak lari pada keluarga.. terutamanye Ainur Maryam si jantung hati.

Mungkin aku kene buat langkah pertama untuk berjaya dengan lebih jayanye dalam mencapai impian aku. So next monday..go to ISM PJ.. register urself to prepare the log book first..

OMG.. Ya Allah.. i need to fill in the log book for two years.. and sit for the exam s till u pass... estimated year to qualify is 5 year.. doa doakanlah saya ye.!!

Friday, April 2, 2010

AL FATIHAH BUATMU

Al fatihah buat Allahyarham Kak Ani QM yang telah kembali ke Rahmatullah pada tanggal 29 March 2010 pada pukul 4.05 pagi..Moga rohnye dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang orang beriman.
Rasa macam tak percaya kak ani dah tak de dalam kem ni.. arwah seorang yang sangat aktif dalam BAKAT dan pemergian arwah kerana heat stroke selepas bermain badminton memang mengejutkan semua orang.
Aku selalu bertembung dengan arwah setiap kali balik dari ofis.. kadang kadang nampak arwah kak beranda rumah setiap petang mengawasi anak anak dia main kat bawah.. sekarang ,dah tak de lagi orang yang angkat tangan kat aku setiap kali balik dari ofis..hmmm.. aku tau, semua orang terasa dengan kehilangan dia..lebih lebih lagi isteri isteri pegawai yang kerap berjumpa dan attend dinner keluarga dan messr night sama sama.
Setiap kali anak dara dia sibuk main ngan ainur.. aku mesti usik dia.. "Kak ani..yana nak adik tu.."..arwah akan buat muka menjuih...sambil cakap.."cukup...cukup..dah tak larat".. skang dah tak boleh usik kak ani lagi.
Arwah tiba di kem dari hospital sg petani pada pukul 8 pagi, semua orang dah tunggu arwah.. aku nampak QM sugul.. dan sesakali mengesat air mata.. anak2 belum tahu ibu mereka dah tak de time tu.. kecuali yang sulung.. arwah akan dikafankan di kem sebelum dibawa ke Serom, muar Johor.
Actually inilah kali pertama aku menghadiri dan terlibat dalam pengurusan jenazah. seingat aku kali terakhir waktu aku kat uia, kelas pengurusan jenazah. Tetapi yang ini lain , sebab mayat yang diurus , adalah mayat sebenar.. aku hanya tolong penyediaan kain kafan saje..aku tak dapat mandikan mayat, sebab aku nampak ramai yang ingin terlibat waktu memandikan jenazah dan memikirkan aku ada anak kecil so elok aku duduk diam diam lepas siapkan kain kapan.. tapi aku rasa rugi plak tak buat, iyelah ini fardhu kifayah yang bukan selalu dapat kita amalkan kan? ramai yang datang , boleh dikatakan semua yang mengenali arwah dan semua tentera turun menunaikan solat jenazah. Panglima dan datin 2DIV juga turut hadir..waktu ni anak 2 arwah dah tiba.. anak sulung nampak cam faham.. tapi aku tak nampak depa menangis.. macam terpinga2 je.. yana, anak bongsu arwah duduk ngan aku.. dia cakap kat aku ibu dah mati.. kuat betul budak 6 tahun ni, tak sedih siap boleh main lagi.. mungkin tak nampak muka ibu dia lagi kot.. anak kedua arwah cam tak boleh terima ibu dia mati.. siap marah adik ngan abang dia bila depa kata ibu mati..tapi tak nangis plak budak2 ni..
Bila arwah dibawa masuk dan siap dikafankan... barulah aku nampak muka masing masing sedih... yana tak nak kiss ibu dia sebab takut.. sedih sangat.. siap peluk aku tak nak pegi tgk ibu dia.. semua orang pujuk.. akupun tak dapat pujuk..last last dia kuardari masjid ngan makcik dia. tak pelah.. budak kecik ni tak faham apa apa...Apabila semua settle, arwah dan kelurga berangkat ke Johor.
"Sesungguhnya..apabila tiba masanye..tak kira tua atau muda..janji Allah itu tetap tiba tanpa lewat sesat pun.."Itulah peringatan untuk aku..