Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ainur Maryam

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, December 16, 2010

CPD Course

Akhirnya dapat juga aku settlekan kursus CPD satu hari tu.. dapatlah aku renew membership dgn 4CPD point.. ada hutang 1CPD point tahun depan.. lepas ni aku akn cari course CPD yang free satu malaysia ni.. so tak perlu aku nak kuar duit beratus ratus then nak kene buat claim.. nak tunggu claim ni, tau tau jelah.. leceh.. klau aku tak claim rugi.. ofis aku ni semua nak kene dahulukan.. bila nak bayar, tak tahulah...

Aku dah lama tak masuk mana mana kelas.. or talk..last sekali kat uia.. Tajuk talk ni adalah berkenaan contract .. course ni lebih kepada abitration couse or law.. Speaker dia Sr Lim Chong Fong.Di kalau peminat contract management,memang dia ni agak terkenallah. Tapi aku tak bleh nak catch up apa dia cakap dari awal, mula mula aku blur je... otak aku jammed, sebab lapar kot, dari kul 6 pagi bangun tak makan apa.. after tea break ok lah sikit... baru nak masuk gear dualah untuk memahami apa itu "assignment and sub con contract"..nasib baik nadia bawa kamusbesta, bleh aku tekan tekan je kamus tu bila tak tau term term yang dia pakai dalam hand out, after lunch ..kira dah bleh masuk gear 4 lah... aku rasa otak aku baru nak bfungsi baliklah.. bila attend seminar ni ,perasaan nak sambung belajar tu membuak buak je.. bilalah aku dapat buat master ni.. tahun depan memang ak blehlah, tahun depan adalah,waktu untuk menstrukturkan balik kerjaya, keawangan dan tempat tinggal kami. So tahun 2012 atau 2013lah kot.. tapi aku becadang nak tambah anak 2013..hehe..klau ada rezeki. Nazli pun nak apply sambung belajar tahun 2013.. so mungkin ni tahun terbaik tuk aku ngan dia sebab kami bleh jadi student sama sama.. bila aku pi belajar dia bleh jaga anak , aku tetap bekerja sambil belajar..dia, bila dapat sambung belajar, dia tak perlu bekerja.. tapi gaji jalan cam biasa siap dapat elaun belajar tu.. ish ish ish.. tak aci betul.. rasa nak masuk askar je..

Semalam adalah hari yang paling tak best dalam hidup aku... dari pukul sembilan aku duduk dalam bas..kul sebelas baru nak kuar KL.. pastu bleh plak bas ni berhenti ambik orang kat ipoh..brek plak rosak kat sini.. kul 5 baru aku sampai penang.. aku baru berangan nak balik awal.. bleh ambik ainur awal and rehat lama sikit kat umah.. Aku memang sangat penat ..sampai ari ni aku rasa penatnya.., mak mentua aku plak tanya bila nak balik kampung ..Tak tahu lah nakbalik ke tak..minggu ni ingat nak rehat rehat kat umah cause dah 3 hari berturut turut aku tak dapat rehat yang cukup.. asyik turn naik LRT-PUTRA ,KL ke bukit jalil..rasa cam nak bersalin awal plak.. kaki dah bengkak..semalam aku plak terjatuh kat RNR simpang pulai.. sebab aku tak nampak lubang kecik depan kedai pau tu.. puas aku balance badan aku.. nasib baik jatuh melutut..tapi lutut aku luka lah plak..

Mungkin balik kamung ari sabtu pagi..ahad pagi aku nak pegi jumpa sepupu aku kat uitm seberang perai ambik barang .. dia pun dah nak balik KL.

Ainr cam ok je kene tinggal 2 hari.. mula mula nampak aku , dia terus terkam.. macam rindu je... pastu dia pegi sambung main badminton kecik dia balik.. aik.. bleh dia buat tak tahu kat aku.. then aku ajak balik.. barulah dia nak aku dukung.. Tahupu , takut kene tinggallagi. Kak nor cakap, setiap petang yang aku tak ambik dia u, lepas mandi dia selalu tunggu depan pintu sambil pakai kasut.. kesiannya anak ibu.. klau ibu larat , memang ibu bawa ainur pegi KL. Lain kalilah ye..time abah ada nanti kita pegi sekali.

Hari ni kerja yang patut aku settlekan ialah V.O dan claim pesaka insan, then kene settlekan renewel fees untuk ISM, and LJBM,pastu kene pegi HSBC, RHB ,CIMB,MAXIS, MAYBANK.. banyaknya tempat aku kene deal... nilah gara gara gaji lambat ( baru ari ninak masuk) n suami pun tak de kat sini... semua aku kene settlekan sorang sorang.. tempat yang paling tak best yang aku kenen pagi.. maxis.. parking kete dia sangat susah pastu kene bayar. tempat lain, oklah.. aku bleh pegi Queensbay tuk buat semua bayaran cause kat sana ada CIMB, HSBC, MAYBANK, and pejabat post untuk renew membership aku. Then aku bleh cuci mata kat jusco pastu jalan jalan cari makan dkat subway ari ni..Pastu baru aku pi RHB..

Oklah ...need to settle all now.. ;)

Monday, December 13, 2010

KESIAN AINUR

Hari ni aku akan ke KL.. sedih nak tinggalkan ainur. Seumur hidup ainur..rasanya tak pernah lagi dia berenggang tempat tido ngan aku..nilah kali pertama . Kawan aku bagi choice kat aku samaada bawa ainur and tinggalkan ngan pengasuh anak dia jap, tapi aku plak ragu ragu nak tinggalkan dia ngan orang yang dia tak biasa. Ainur ni plak bukan nak kat semua orang. Satu lagi dia ni suka sangat pukul orang , aku takut dia buli budak budak kat nursery kawan aku tu. Kat umah pengasuh sini pun dia buli orang..apa lagi kat umah orang tu. aku plak dah sarat, larat ke aku nak angkut barang barang kita orang ngan mengelek ainur ni.. cam tak larat je.

Walaupun pelbagai alasan aku pertimbangakan , aku masih teringin nak bawa dia pegi KL , cuma pagi ni bila aku bangun tido, tgk dia dah start selsema ,erm,.aku comfirm memang tak boleh bawa dia. Klau bawa nanti.. balik mesti dia akan demam teruk..Sorrylah ainur..ainur kene duduk ngan ibu nor 2 malam ye sayang.. Ibu balik nanti, ibu bawakan book banyak2.

Klau tak kerana nak renew membership Lembaga Jurukur bahan ni..ibu rasa memang ibu tak pg KL.


Wednesday, December 1, 2010

Apakah pilihan yang terbaik??

Hari ni aku buka web job street ..banyak giler advert untuk jawatan QS..klau tgk pada pengalaman dan company yang offer keje..semuanya menarik dan menepati criteria pengalaman aku.. tapi aku tak boleh buat keputusan apa apa sekarang.. selain dai keaadaan aku yang sedang sarat mengandung ni.. aku juga kene tunggu suamiku medapat tempat posting yang sahih dahulu..barulah aku bleh nak decide langkah kerjaya aku seterusnya..

Tahu tak.. perasaan aku sekarang cam mana??? terseksa sikit.. aku teringin sangat nak cari keja kat tempat lain..selain dapat meningkatkan pendapatan aku..bleh juga meningkatkan pengalaman dan kematangan dalam kerjaya ni.. Aku rasa, opportunity di luar sana lebih besar dari ofis aku skang.. mungkin dari segi keselesaan, ofis ni kira tak sibuk dan aku boleh bergoyang kaki..tapi aku hanya akan duduk jadi QS cabuk jelah..tak ada peningkatan dan saingan.. boring.

Aku sebenarnya..sayang pakatan ni.. tapi aku perlu fikirkan masa depan aku juga.. ni nak masuk 5 tahun bekerja kat sini..ilmu aku cam tak berkembang sangat.. macam terperap je.. kejap kembang ..kejap membeku..cause tiba tiba aku tak de kerja nak buat untuk 2 minggu.. Kebaikannya..aku dapat buat kerja kerja lain kat rumahlah..

Aku ingat nak minta gov.. tapi en suami macam tak berapa nak kasi.. bagi dia cukuplah dia seorang yang berkerja dgn gov.dia tak nak aku sibuk cam dia..aku pun tak nak sibuk sangat cam certain2 govt servant..cuma bila memikirkan kesusahan untuk postng mengikut suami apabila keja dgn swasta ni , aku rasa govt pilihan terbaik..selain dapat buat loan umah, kete, peribadi yang mudah..boleh cuti sakit dan ikut suami ke luarnegeri 2-3 tahun, bleh sambung belajar..dan cuti bersalin pun 3 bulan..lama tu..,siapa nak bagi..yang ni part paling aku suka. Yang tak best nye... kenaikan pangkat mungkin susah sikit, bonus pun aku tak nampaklah adasangat setakt ni..asyik ihsan RM 500.00 je.. kenaikan gaji pun sikit.. suka buat kursus luar yang kadang kadang cam tak perlu..konon2nya untuk tingkatkan motivasilah..tapi lastlast kerja kat ofis terbengkalai. Aku ada pujuk dia tentang gov ni.. after discuss dalam2 dia allow aku untuk isi borang.. apa lagi, aku isijelah tapi tak mengharap sangat.

Swasta.cepat naik gaji..inisiatif dan kebajikan depend pada company yang kita join.. kerja biasanya banyak.tapi pekeja swasta ni lebih advance dan cekap dari govt ( tak kata semua orang , tapi mostly)..itu jelah kot yang best..yang tak best susah buat loan , cuti sikit,dan susah nak posting. Yang lain aku tak dapat pikirkan. Jadi setiap satu ada pro and cons.

Kesimpulannya, aku kene try minta semua.. apa yang aku dapat ..itulah yang terbaik untuk aku dan keluarga..cause itu semuakan rezeki dari Allah..

So dengan azam dan semangat baru..aku berharap..Allah akan memberi bimngan dan rezeki yang baik pada aku sekeluarga pada tahun hadapan.. moga suamiku di postkan tempat yang terbaik untuk kami sekeluarga..harap2 tempat yang ada post QS.

Monday, November 29, 2010

Perkahwinan dan anak

Kandungan ku dah masuk 6 bulan setengah..lagi 3 bulan aku akan bersalin dan menjadi ibu kepada 2 orang cahaya mata.. sekejap je.. perkahwinan yang terbina selama 2 tahun stengah ni, begitu pantas diserikan dengan 2 cahaya mata walaupun telah 3 kali aku mengandung.. leh di katakan setiap tahun aku pregnant.. Syukur pada mu Ya Allah kerana engkau tidak memberi ujian dalam mendapatkan zuriat pada ku.. Alhamdullilah kerana memudahkan aku dan suami ku dalam urusan ini..

kehidupan ku yang bercampur gaul dengan pelbagai lapisan masyarakat di kem dan luar kem telah membuatkan aku sedar isu zuriat adalah isu yang paling sensitif dan utama bagi mereka yang telah berkahwin.. mana ada pasangan yang tak nak anak.. selain anak kucing, tekak dan mata..anak dari campuran kimia suami isterilah yang paling behaga dan berniai... perasaan memperolehi zuriat sendiri memang tak dapat di gambarkan... aku rasa setiap orang pun begitu kan.

Ada jiran jiran aku yang berkali kali mencuba dgn pelbagai cara tetapi masih belum ada rezeki hingga kini, ada yang dapat anak lambat ,tapi alhamdullilah Allah mudahkannya dapat mengandung lagi.. ada yang tak dapat langsung, tapi Allah bukakan hati untuk memelihara bayi orang lain yang memerlukan perhatian.. ada yang dapat sekali..tapi sukar unuk kali kedua pula..macam macam ujian dan hikmah yang Allah berikan pada pasangan yang bekahwin untuk kita renungi dan muhasabah diri agar kita sentiasa bersyukur dgn apa yang ada.

Oleh itu aku pun tak faham klau ada manusia manusia diluar sana yang merancang membabi buta tak nak anak lagi sebab bz or duit tak cukup..tak tahu ke mereka bahawa anak itu punca rezeki dan keberkatan dalam hidup..harta dunia dan akhirat yang tak kan hilang walaupun mereka amanah yang berat untuk kita. Aku tak kata orang yang dah ada anak.. tap mereka yang baru kahwin ni.. aku rasa mereka ni orang yang sombong pada Allah bila cakap cam tu.. Fitrah manusia yang berpasangan 90% akan mendapat anak bila bersama. Kecuali mandul..klau sehat 2-2..cepat atau lambat lekat juga.

Satu lagi yang aku tak faham ialah manusia yang buang anak ni.. yang ni memang patut mati di sula kot.. klau tak nak, letaklah budak tu kat tempat yangg selamat dan dilindungi ..ni tak main bunag je baby tu merata rata.. siap tanam kan lagi..ish ish ish..jahiliahnyelah.. dah lah dosa besar , buat lagi satu dosa besar= 2dosa besar (zina dan membunuh)...last2 hidup tak berkat.. ada yang jadi gila.. anak tu insyaAllah ke syurga.. ibunya ..Allahhuallam..hanya Allahje yang tau.. takut aku nak sebut..sebab aku takut seksaan alam barzakh dan neraka. moga aku akan sentiasa mengigati 2 perkara ni dalam hidup aku.

Pil perancang.. aku tak berani nak kata benda ni boleh atau tak dalam merancang keluarga.. ada yang kata bleh,..ada yang kata haram.entahlah..klau kaedah azal seperti yang dianjurkan islam bleh.. kaedah lain ..bleh tetapi niat kene betul..hanya untuk kesihatan ibu dan anak aje.. tapi keutamaannya mestilah kes kesihatan ibu..itulah yang di perkatan ustaz dan majalah majalah agama yang aku baca.. klau kita takut masalah keawangan samalah kita kata Allah bukan pemberi rezeki.. sedangkan Allah pernah berfirman bahawa setiap anak itu rezeki..jadi niat tak menghalalkan cara.. Klau kita rasa tak nak menzalimi keperluan keluarga dengan keluarga yang besar eloklah kita bincangkan hal ni dgn orang yang lebih ariff supaya niat kita tak tersasar dari landasan agama..

Cabaran pertama

Last weekend aku try pakaikan ainur CD sepenuh masa.. saje nak biasakan dia dgn benda alah ni. mula mula dia memang tak selesa, asyik nak suruh bukak je.. tapi kita orang pujuk dia pakai.. tangan dia ayik nak tarik velcro CD.. so aku pakaikan dia romper supaya susah sikit dia nak bukak benda ni.

Sepanjang pemakaian CD selama 4 hari ni , ada 3 kali dia berak.. itulah yang paling aku khuatirkan selama ni.. kalau setakat kencing je, bleh aku basuh dan bilas je.. tak jadi masalah sangat..tapi bila bab poo poo ni.. aku mengelabah juga for the first time.. tapi nak buat cam na, tak kan nak geli ngan taik anak sendirikan.. klau poo poo dia yang terlekat kat nappy liner tu aku bleh buang and flush je dalam jamban.. yang lekat kay CD aku kenen pancutkan air kuat kuat kat CD tu.. alahamdullilah senang je nak hilangkan baki baki poo poo ainur.. pastu aku cuci ngan sabun lunatot.. sental sikit sikit..then bilas 2-3 kali pastu aku rendamkan dalam air bersih 1-2 jam.. pastu aku bilas lagi sampai yakin tak de bau dan kesan sabun.. lastly aku spin ..jemur kat bawah cahaya matahari untuk hilangkan kesan kuning yng tinggal sikit sikit tu.. klau cuaca baik..panas ok dan berangin, kejap je CD ni kering. Kira lepas ni aku taklah susah hati lagi klau ainur berak.... sebab dah tau nak uruskan taik taik tu.

Stakat ni untuk hujung minggu ( 2hari), aku rasa dalam 12-13 pampers aku dapat jimatkan.. wow kira banyak tu.. dekat RM 6-7 gak aku jimat. Skang ni aku cuba praktikan pemakaian CD di malam hari. masalah malam ni.. aku pakai single inserter je, klau double ainur tak selesa cause inserter autumz agak bulky. Bila pakai single insert, ainur mudah bocor.. at least pukul 3 pagi kenen tukar CD.. itupun kalau aku rajin.. Tapi setakat ni dah 2 malam bocor sikit. Aku rasa nak try lunatot punya inserter ..yang jenis hemp and microfiber yang dijahit sekali. Aku tgk jenis ni nampak nipis sikit.. mungkin ainur boleh pakai. Tapi inserter ni mahal sikitlah RM 27 tak silap aku.. klau nak jimat beli 1CD lunatot yang sekali ngan 2 inserter ( 1 microfiber, 1 double inserter) baru RM 60.00. Yang ni bleh jimat RM 15.00 dan dapat 1 CD.

Selama beberapa hari bersama CD ni , aku rasa benda ni taklah membebankan aku sangat.. time mandia ku bleh basuh CD...lebih lebih lagi aku ni jenis 2-3 pagi suka terbangun malam.. so time nilah aku bleh basuh CD-CD ainur yang aku kumpulkan seharian.. masalah ayang aku hadapi sekarang ialah..aku tak cukup CD.. memang kene tambah at least lagi 5.. pasni..misi utama aku ialah menambah CD untuk kakak Ainur.. Untuk adik aku rasa nak try buat prefold diapers je seperti yang diasarankan dalam clothdiapermalaysia... Actually CD prefold lagi mahal dan susah nak cari kat malaysia.. tapi klau kita kreative... benda ni sama je cam convensional diapers... cuma beli dia punya cover plastik je. Insya Allah..yang ni aku kene cuba dulu..klau larat aku akan teruskan sepanjang berpantang nanti..klau tak campur campurlah dgn pampers ye adik.

Wednesday, November 24, 2010

DIY barang baby

Aku jumpa satu site yang sangat menarik terutama untuk berjimat cermat dalam penyediaan barang baby... ni site yang patut semua ibu lawati... sebagai panduan penyedian barang baby yang berkualiti dan kita pun puas hati..Please check this site : www.make-your-own-baby-stuff.com

Ainur's 1st CD

Autumz CD

Akhirnya..aku belikan ainur CD jenama autumz.. aku rasa CD ni masih baru di pasaran.. tapi senang nak cari di kedai kedai baby berbanding jenama lain...selain dari autumz, jenama Bumgenius dan lunatot pun mudah nak dapat kat kedai..klau nak cari jenama coolababy,haute or babyland kene melalui online.


Actually aku tak sengaja terbeli jenama ni... aku ingat nak survey satu dulu, so aku beli satu kat peekaboo penang.dekat sikit ngan umah ..aku plak agak cerewet ngan apa yang aku beli, terutama barang baby.. seboleh-bolehnya aku nak tgk, rasa dan check kualitinya dulu..klau ok..baru aku beli..actually aku berkenan dgn brand lunatot tapi mahal sangat..nak beli2 inserter untuk button CD dah RM60.00...yang ni kene beli lain kali ... budget tgh tight skang sebab aku bercadang nak borong baju baby kat sunshine sebelum baby fair habis minggu lepas.


So, after suvey kat kedai tu ...aku pun kira ok je lah dgn brand autumz ni...nampak cam bumgenius..cuma agak bulky sikit sebab micofiber ia agak besar.mungkin dia masukan 2 Microfiber dalam pocket tu...then hari sabtu aku pegi Babyoneworld kat taman permata, Kl...autumz tgh sale 20% ..jadi RM32.00 je untuk velcro..so aku borong lagi 4..total kat umah 5..cukup kot, untuk permulaan..


Lepas aku habis prewash 3 kali..seperti yang disarankan oleh pakar pakar CD, aku pun try pakaikan kat ainur malam tadi..dgn 2 inserter, Dia masih saiz M. Nampak punggung ainur gemuk plak..jalan terkedek-kedek ngan CD tu..comel.. aku beli yang jenis velcro..kononya senaglah sikit keja, tak perlu berbutton.. tapi sikecik ni nampak cam tak selesa je..mula mula ok..jalan jalan jap..pastu startpegang pegang CD dia, asyik minta aku bukak CD tu..Aku buat dek je..pastu dia bukakkan sendiri.. ni yang aku terfikir..kan baik klau aku beli yang button..mesti dia tak reti bukak. Tak pe tak pe..this only ur 1st trial..hujung minggu ni aku nak ajar dia pakai Cd sepanjang hari plak..kita tgk cam na.. nanti bulan depan, ibu nak beli yang button plak..mungkin jenama coolababy, 5 Cd untuk RM 120 free postfee..kira murahlah juga.. lagipun Kak elly kata coolababy ok..dia pun pakai brand tu..siap ada 30 set lagi. Tak sabarnya nak tunggu yang coolababy plak.