Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ainur Maryam

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, March 9, 2010

ainur 6 month

With her mobile..really2 help her much to catch me ...

Ainur is crawling ( Sila Abaikan pemandangan di belakang.. )

  • Ainur dah berusia 6 bulan lebih ..sangat aktif..

  • Dia sudah pandai merangkak dengan sangat lajunye
  • Naik walker pun macam dah lulus lesen P.,

  • Tak boleh lepas pandang .. ada je benda dia nak tarik..
  • Nasib baik tak kene hempap pasu bunga baru baru ni,..terpaksa sorok pasu tu jauh jauh..
  • Tadi... ainur dah merangkak dari ruang tamu ke bilik air,ibu tak perasan ainur ikut belakang..
  • Disebabkan ainur sangat manja ngan ibu..So i tak boleh hilang dari mata dia...klau ibu hilang je mulalah mulut bising nak cari ibu.. tapi sebut..bahbah bah..n ayah yah yah..pastu mak mak mak.. bila ainur nak panggil bububu..??


  • klau naik walker lagi senang nak kejar ibu..


  • klau merangkak tu ..lambatlah ckit..tapi makin hari makin laju cam tadi..tiba tiba ada depan pintu bilik air,

  • lepas ni ibu n ayah kene alert betul betul..
  • ainur dah semakin bijak n aktif...so .. mungkin ibu kene postpone jap untuk 2nd baby...hehehe..3 bulan lagi?? ok tak..??

Wednesday, March 3, 2010

TAK SIHAT

Anak dan Ibu dalam Penjagaan rapi oleh si ayah..cause both of us tak sihat.. dalam sebulan ni

Anak :

1. mengalami demam mungkin disebabkan cuaca yang terlampau panas kat pulau ni.

2. Dia juga demam sebab aku lupa nak bagi ubat kat pengasuh lepas kene cucuk 5 bulan ari tu.. huhu sorry ainur.

3. Ainur juga batuk batuk.. sebab aku tak pasti

4. tapi sekarang dia dah sihat n dah pandai merangkak..

5. Sangatlah aktif

OOOO rupanya dia demam sebab nak merangkak.. ( betul ke?? kata pengasuh ainur)

Ibu ;

1. mula mula pening kepala.

2. Lepas tu demam panas n sejuk..mengigil,,pastu muntah muntah..jeng jeng..jeng

3. Virus apa ni.. pi klinik..doc suh minum air bebanyak je..itu je..?? Tekak aku sakit ..bengkaklah.

4. Ubat doc bagi antibiotik n paracetomol aje.

5. tak puas ati; aku p pharmacy beli ubat tekak.. puas ati.. makan sekali terus nak tido.. (giler
ubat ni.. dadah ape depa taruh)

6.. nak cuti ke tak ari isnin ni..nenoneno..sayang cuti aku pg opis n tido je, dah 2 ari..akibat ubat
tekak pharmacy.

7. Akhirnye aku p RSAT ..nak minta dr bg ubat kumuh n ubat tak ngantuk..( suka ati aku je suh
dr bagi ubat) I got tocilities..patutlah

8. sambil sambil tu ..hehe p check urine manalah tau..ada rezeki..walaupun red flag tak pernah
mai lagi sejak ainur berada di dunia ni..

What the result ...jeng jeng jeng
*
*
*
*
*
*
*
*
*
NEGATIVE !
NEGATIVE!

NEGATIVE !..
*
*
*
*
*
*
Sedey nye .. :(
Tak pe tak pe..usaha lagi..ok sayang kita akan berusaha!!

Wednesday, February 10, 2010

High chair

mana biskut milna ainur???

Teman ibu masak kat dapur sambil mengetuk rattles..


Ibu nak pegi mana tu??

Ainur nak rest plak.

High chair , antara barang yang tersenarai dalam list to buy ( for ainur) aku.. aku budget lagi sebulan dua baru aku nak cari. Tapi secara tak sengaja aku terbeli awal plak.. nasib baik ainur nak duduk dalam tu. Aku beli kat kedai juaimurah..actually aku nak beli bouncer , tapi last minit cancel bila nampak higchair ni..macam jatuh cinta pandang pertama plak. Aku suka high chair ni cause ia ada banyak function and banyak level untuk recline, ..simply said..very very flexible. Yang best nye ia bleh swing n buat tempat tido baby. Memang berbaloi baloilah. Lagi berbaloi bila ia boleh disorong kemana mana aje ..senang sikit keje aku .Sekarang ainur dah bleh join ayah n ibu kat dining and teman ibu masak kat dapur. Sayang ainur..muah!!

Di mana ainur?

Ini adalah tempat aku and ainur melepak sambil tgk tv and sediakan stok susu ibu.
Tak silap aku toto ni lah saiz yang paling besar yang ada kat umah aku.
Biasanye klau aku masuk dapur or toilet sekejap aku akan letakkan ainur area yang paling centre atas toto ni. Tapi..tgk, kat mana dia sekarang?

Ha ..tu dia.. half of her body was under the playpen.. nasib baik ibu datang awal..klau tak terlekat bawah playpen tu.

Monday, February 1, 2010

AL FATIHAH


Al fatihah buat baby Ukasyah.. aku baru terbaca blog ibu bapa yang tabah ini..mawadah n hafiz.. im just crying while reading about allahyarham ukasya.. Moga Allah meemberi seribu rahmat buat pasangan ini. blog buat anakku.

Aku, Contractor N ainur

Dah dkat 3 minggu aku tak masukan apa2 citer dalam blog ni.. aku sangat sibuk menguruskan tender, meeting, umah and ainur yang suka memerap.. skang ni dia dah pandai meniarap n guling guling sampai masuk bawah meja..lagilah susah aku nak buat keje2 umah.. tiap tiap petang.. aku macam lipas kudung kene settlekan segala keje umah seperti, pam susu, solat asar klau tak sempat solat kat opis, jemur kain atau angkat kain baju, kuarkan n bersihkan botol botol susu ainur dari umah pengasuh..mandi n sapu sampah ( semuanya dapat dilakukan tanpa ainur menangis memanggil..emaaak..emaak.. walaupun aku ajar dia sebut ibu..mak..juga dia jerit)

Oh..ye.. minggu lepas aku ada meeting di kuala kangsar.. bercinta betul aku nak pegi sana tiap tiap bulan... biasalah..contractor ni suka tembak Qs... mentang2lah aku muda n tak tahu sangat pasal contract dia... nak claim aku budak baru jadi QS...yang dia tak pandai buat claim n report tak nak cakap.. tension aku ngan contractor yang suka cari salah orang lain ni... hellow..MR contractor...opis aku ni dah nak masuk 50 tahun pengalaman..korang tu baru bape tahun je jd contractor.. tapi semua nye tak betul.. tau buat bangunan je.. cuba belajar buat claim.. banyak tu korang claim..banyak tulah aku kira.. nak banyak lagi buat keje bebaik.. (marah marah)

Tinggalkan kisah aku ngan kontraktor.. aku nak citer pasal produktivity susu aku,... alhamdullilah ubat homopaty tu sangat berkesan buat aku sakang.. aku bleh menyimpan hinggga 7 n 8 ozz sekali perah waktu tgh ari. nanti aku masukan gambar ubat tu. Tapi kekadang aku tak sempat juga menyimpan.. cause si ainur dah makin membesar n dia suka habiskan susu secara direct breastfeed sebelum sempat aku memerah di tgh malam.. aku bangun..dia pun bangun nak susu.. tidur nak aku dakap..(manja tak).. aku tak de je.. dia akan guling kiri..guling kanan.. n mulut ternganga nganga cari puting.. tak de je..mulalah dia nangis sebut mak balik..pastu dapat nenen terus tidur ..mulut tak nak lepas nenen.. aku.??? huhu... ibu bukan botol susu...

Saturday, January 16, 2010

KURANG PRODUCTIVE


Kesian anak ibu kene catu minum susu... tak tahu nape skang ni ibu kurang productive .. macam mana nak burst my breast milk ni?? dulu skali perah boleh dapat paling kurangg 7oz.. kadang2 10 oz..skang ni 4 oz je ..kadang2 2oz.. sian ainur. ainur makin besar.. minum pun dah banyak.. tak tahulah pengasuh aku nak cakap apa dalam hati.. agaknye "tulah , klau pakai susu tin kan senang." memanglah senang..tapi kesihatan anak aku tak ada kompromi.. laki aku cakap.. tak adil untuk ainur.. so setakat ni aku berjaya menyusukan ainur sepenuhnye.. atleast sampai 6 bulan.. hopefully setahun lebih...pastu aku nak anak lagi..hehe..


Nasib baik aku ada bos yang berpengalaman menjaga 8 orang anak.. dia bagitau kat aku wife dia makan pil homopaty yang boleh memperbanyakan susu..and it is really work to her..susu banyak sampai dia stop makan.. so akupun dengan muka tak malu minta tlg bos aku belikan... manalah tahu berkesan.. hehe..tak sabar nak tunggu minggu depan.. Ainur...Anak ibu tak payah minum susu sikit2 lagi kat nursery. Minta minta aku bleh buat stok yang banyak balik..