Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ainur Maryam

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Thursday, June 2, 2011

this project

Cukup 1 bulan aku di pakatan KL... imran pula dah masuk 3 bulan.. maknanya dah 3 bulan juga aku tak up date blog.. banyak cerita nak di cerita .. tapi broadband pula tinggal kat kampung. Nasib baik office mate aku yang comel ni kasi pinjam bb dia.. thanks ika..

skang aku tinggal kat kuarters askar jalan u thant/ desa pandan... suasana : sangat lah best.. dekat dengan semua orang.. terutama keluarga kami.. mak ngan abah aku pun senang nak datang..sedara mara kami dari utara dan selatan.. bolehlah menumpang ..sebab bilik tetamu ada 2. kawan kawan pun sama... dialu alukan. ke klcc hanya tak sampai 10 min.. ke tesco ampang pun sama. pergi office tak perlu pening kepala jammed.. imran dan ainur semakin dekat dengan aku.. tak sampai 5 min pun klau nak jenguk dia orang waktu tgh ari.. memang rezeki kami sekeluarga..

Pakatan KL sangatlah convenience, cosy and reachable... very near to TESCO ampang..boleh dikatakan tiap tiap hari aku pi sini.. makan tgh ari. Projek pun sangatlah besar.. tak tahulah larat ke tak nak handle.. ni 1st time aku handle projek dari pretender period... biasanya post aje.Memamg mencabar.. lebih lebih lagi deal dengan Putrajaya Holding.. Aku harap sangat aku dapat bertahan dengan pakatan sehingga projek  ni hingga final account.. this project gonna be one of malaysia icon. At least, setiap kali orang sebut sebut pasal bangunan ni.. aku akan rasa puas hati dan bangga sebab menjadi sebahagian dari project team, walaupun Pakatan bayar gaji aku lambat.

Kita hanya merancang , Allah jua yang menentukan.

Sunday, February 20, 2011

2 weeks to go..

It's only two weeks to go.. it might be less or more than that.. cause 5 march is my due date.. Usually, in this condition, people will have a good rest in their offie or home.. but i have to work more than before.. It is due to upcoming new project which have a tight schedule. I had to prepared an estimate for a project which is nearly hundreds million in 3 weeks.. Do you know how big is it?? An IPT main campus area with fully furnished facilities. Hopefully KL office can send me 1-2 KL staff to handle this project..

What i should do right now are;

  • HAve a good rest
  • List down every single thing what i and baby need before and after birth.
  • Packaging all my office stuff before posting
  • Looking for my baby wish list.. i'm waiting for my FP bouncer, bengkung moden, and 20 more cloth diapers for adik and kakak.
  • Surfing and reading.
  • Delegate all my office documents, task and info to othe peoples.
  • Preparing my confinements area.
  • watching home and health channel..
  • Reading Al quran as i wish to finish it..
But i can't fullfill the above list yet.. what a pity. Work have to come first.. ;)

Sunday, February 13, 2011

37 minggu.

Siapa tak berdebar debar bila kandungan dah masuk 37 minggu.. bila bila masa aje aku boleh bersalin.. tak mengira waktu dan tempat.. klau time ainur dulu aku bersalin hari ahad.. sakit pun di rumah bersama suami. so tak delah panik sangat.. klau tetiba aku sakit kat office.. mahu tak panik.. mungkin terpaksa drive sendiri ke kem ambik nazli atau ke hospital..hehe.. janganlah jadi cam tu.

Pagi ni aku buat antenatal check up seperti biasa ( seminggu sekali ).. apa yang paling aku suka..ialah berat badan aku naik 200 gm aje... still dalam 74 kg.. macam tak percaya je.. Aku dah makan pil shaklee dekat 2 minggu dan boleh dikatakan selera makan aku cukup bertambah sebab kesihatan aku makin baik.. so aku budget berat aku naik at least lagi 1 kg .. tapi pil ni buat berat badan aku maintain plak.. mungkinn ini adalah berat badan yang paling ideal untuk aku.. lepas bersalin ni.. nak try ambik lechitin skalilah..klau ia tak effek apa apa kat ibu yang tgh berpantang dan nursing ni.

Esok cuti maulidur rasul.. bolehlah aku menumpukan kerja kerja kraftangan yang perlu aku siapkan sebelum majlis maulidur rasul di rumah bakat pada jumaat ni. Tugas aku ..menyediakan 21 bakul hiasan buanga rampai untuk V.I.P .. sekarang ni aku baru 40% siap. Itupun bahagian reben dan bunga aje.. bunga rampai esok baru aku nak racik. lepas settle semua ni.. aku akan serahkan secepat mungkin kat kak fida.. aku nak rehat dan menumpukan persiapan baju baby yang tak sempat aku basuh sehingga hari ni.

Betullah orang kata.. bila dah sarat.. 24 jam pun rasa tak cukup. pergerakan kita yang tak setangkas orang kurus , buat kita rasa lembab je sepanjang hari. bukan malas tapi tak larat.

Sunday, February 6, 2011

Hari ni aku menjalani antenatal check up untuk minggu ke 36.. maknanya kandungan aku dah 9 bulan.. anything can happen at this moments.. tapi banyak perkara tak s4ettle lagi kat ofis ni.. aku pun tak tau sempat atau tak untuk siapkan v.o 2 yang kontraktor submit.. bukan sikit.. banyak snagat.. macam tak putus putus.... tapi bila nak start buat .. aku jadi blur..

Surat posting pun belum dapat.. aku tak tau bila suami aku akan dapat arahan tu.. aku tak sabar nak tahu tarikh sebenar posting.. lagi cepat aku tau.. lagi bagus.. lagi bersemangat aku kemas barang barang kat rumah.. skang ni.. asyik layan sakit sakit badan aje.. balik kerja.. buat kerja rumah.. then layan ainur.. baring.. sampai masuk waktu tido.. routine yang sama aje..

Setakat ni. kesihatan aku dah bertambah baik dari 2 minggu lepas.. aku dah malas nak ambik ubat klinik.. cause ubat klinik buat aku rasa nak termuntah aje. demam, selsema dan batuk tak juga kurang.. lebih haru lagi, kami sekeluarga mengalami masalah yang sama.. mula mula ainur demam, selsema.. then suami aku .. pastu berjangkit kat aku,... nak tak nak.. aku terpaksa juga beli tranfer factor dan vit vit shaklee.. sekarang ni baru nampak perubahan yang positif.. ainur aku hanya bagi makan TF .. alhamdullilah.. 2-3 hari je.. aku tgk batuk selsema dia dah kebah.. nazli ambik TF dan vit shaklee (vit c, vitalea dan b complex aje), nampaklah dia bertenaga sikit dari sebelum ni.. aku ambik TF dan set mengandung and bersalin shaklee.. baru seminggu mkan.. aku rasa kurang penat, badan lebih bertenaga, dan selsema batuk pun berkurang. SEmuanya positif.. rasa berbaloi baloi jugalah beli ubat ubat ni..walaupun berhabis dkat RM 450.00. Alhamdullilah.. dengan nikmat kesihatan yang Allah kurnikan pada kami.

Wednesday, January 26, 2011

Cuaca di luar agak mendung.. hari ni kat ofis tak de sape .. bos dan assistant aku pergi perlis untuk site meeting projek uitm. Tinggallah aku ngan ofis boy je kat sini.. Ofis boy aku plak membuta kat bilik belakang.. mentang mentanglah dia tak de kerja.. tapi tak pe.. at least aku boleh guna komputer kat bawah ni buat kerja sambil survey item item yang belum aku beli untuk persediaan bersalin ni.

Bilalah agaknya suamiku dapat keputusan untuk posting ni.. aku tak sabar nak tahu.. banyak kerja yang aku perlu lakukan sepanjang bulan ni.. selain mengemas barang , preparation untuk bersalin pun aku tak habis beli.. terutama bengkung dan supplement.. yang lain boleh aku beli kat KL .. yang lain tu..apa ye?? OK , aku nak bouncer baby ngan nursing pillow je lagi.

Dalam keaadaan yang agak gawat ni, ada beberapa perkara yang perlu aku pertimbangkan dalam akaun keluarga kami..memikirkan cenderahati yang sesuai untuk diberi pada batalion 2RAMD dan BAKAT 2RAMD.. budget mungkin dalam RM 300.00, duit untuk persiapan perpindahan dan perjalanan : RM 500.00, kelengkapan bersalin yang aku tak habis beli dalam RM 400.00, cenderahati buat officer wives BAKAT RM 100.00 (cukup ke?). Itu belum masuk persiapan masuk rumah lagi.. servis kereta, dan lain lain lagi..kene pandai pandai budgetlah nampaknya.

Malam ni ada bacaan yassin kat rumah BAKAT.. tak pasti nak pergi ke tak.. aku teringin nak pergi tapi tak larat plak.. klau pergi dapat gathering ngan ahli ahli BAKAT sebelum aku berpindah.. maknanya kau kene bawa ainur skali.. abah dia ada tahlil plak kat surau. tak pelah.. ok gak bawa ainur, bleh aku balik awal klau tak larat.

Kandungan ku dah masuk 8 bulan 3 minggu , tinggal lagi sebulan lebih je baby akan menjenguk dunia. Mengandung kali ni berat badan ku macam yoyo, sekejap naik, kejap turun.. 3 minggu sebelum ni berat aku 74 kg, minggu ni 72 kg..actually awal pregnant 67 kg.. so setakat ni berat aku naik 5 kg je? Masa mengandungkan ainur, berat terakhir 74 kg.. harap samalah cam dulu bila aku nak due nanti. Pastu nak manage jaga perut dan menyediakan khasiat susu ibu ada 2 orang permata hati ni..

Aim lepas bersalin.. dapat kurus hingga 54kg..hehe..

Sunday, January 23, 2011

KL ..

Akhirnya aku mendapat jawapan posting yang agak muktamad dari suamiku.. kenapa aku kata agak muktamad?? sebab C.O hanya dapat berita melalui sms aje.. belum msg black and white dari MINDEF. InsyaAllah suamiku akan di postingkan ke Markas Latihan Kuala Lumpur. Aku harap kami akan dapat quarters dalam mindef atau ampang. Tetapi lebih baik kalau duduk dalam mindef, dekat sikit suamiku nak pergi kerja. Bolehlah dia naik motor atau basikal aje.. Iyelah, kami hanya ada satu kereta aje setakat ni. Dalam perancangan menambah satu kereta lagi, tapi aku harap suamiku bersabar sikit, sebab aku nak settlekan hutang kreditkad dulu.

Dalam rasa seronok nak memulakan hidup baru di sana, banyak benda yang aku fikirkan.. dah lama aku tak balik Kuala Lumpur.. kota yang padat dengan kereta dan ragam manusia, bolehkah aku memulakan rentak hidup sebegitu seperti zaman aku belajar dulu. Kos sara hidup yang tinggi, Kerjaya aku yang masih di tahap rendah (bagiku), ragam budak budak ofis yang ramai di pakatan KL, dan bagaimana sikap pengasuh anakku nanti di sana. Ramai yang saran ambik bibik.. tapi aku tak nak privasiku diganggu oleh bibik 2 yang banyak buruk dari baiknya. Biarlh aku beri rezeki pada rakyat tempatan dulu.. setakat mengasuh 2 orang anakku , kami masih mampu menanggungnya.

Selain dari cerita posting aku ni, aku juga dapat berita baik dari PTPTN. aku berjaya menukarkan skim 3% kepada 1% ..iaitu skim ujrah. Aku tgk banyak borang yang perlu aku settlekan untuk penukaran skim ni. Bertambah lagi satu kerja aku.. Selain borang borang ni.. aku kene settlekan borang LHDN.. tapi aku dapat buat pembayaran zakat pendapatan..so PCB aku tak patut di potong .. dah 2 tahun aku bayar zakat ni.. terpakalah aku pi claim balik duit PCB. Leceh betul.

Sekarang ni aku tgh tunggu agent prudential aku untuk terminate insurance aku. Bilalah dia nak ctc aku ni.. minggu lepas dia kata nak datang jumpa aku minggu ni.. tapi senyap je. Nampaknya kau kene bertindak segera sebelum insurance aku di potong dari kreditkad aku akhir bulan ni.
Lepas ni aku nak cari insurance berlandaskan syariat je.. kad kredit pun aku nak settle secepat mungkin tahun ni... bukan apa, kad ni konvensional.. lagi cepat aku settle, kurang sikit beban aku dunia dan akhirat.

Sunday, January 16, 2011

ainur sayang..1 tahun 4 bulan

Post ni nak citer pasal ainur... lama dah tak merekodkan perkembangan si bulat ni.. Umur dah setahun 4 bulan. Berat tak tau..mungkin dekat 9-10 kg. Petah berkata kata sampai aku pun tak larat nak layan.. klau time nak bercakap dalam Hp tu.. terpaksalah kita orang call, atok, opah, dan mak cik mak cik dia di pahang tolong layankan.. tapi time tak nak cakap.. memang sepatah pun dia tak cakap..letak je hp kat telinga..pastu sengih sengih..

Hobi skang suka membaca.. buku ainur je dah sebakul aku sediakan .. pantang nampak buku semua nak.. terutama ada gambar kartoon yang dia suka.. tau plak dia berlakon membaca walaupun tak faham. Tapi majalah pama tetap no 1 yang di belek cause banyak gambar colourful dan mainan mainan dalam majalah tu. klau layan majalah.. aku memang kene layan sekali sebab dia kan tunjuk mainan mainan yang dia hendak..

Ainur dah kenal dan tau dia ada adik.. adik dalam perut.. dia selalu sebut.." adik".."adik"..then cium perut buncit ibu ni.. opps ainur tak panggil ibu.. panggil mama skang ni... bangun tidur je.. panggil mama..klau abah ada kat sebelah.. baru dia panggil abah..suh bangun.. satu lagi.. dia memang patang tgk abah tidur..mesti dia akan usik abah suh bangun.. kalu tak bangun gak... dia duduk atas abah dia.. so klau naktidur.. sayang kene tidur dlam biliklah..baru aman sikit.

Ainur suka kartun pooh, pooro dibo dan upin ipin..most fevret cartoon dia.. yang lain.. so so aje. klau dapat tgk.. part lagu je.. mesti belari larinak ikut menari dan nyanyi skali.. tapi bila upin ipin.. tak berkelip duduk depan tv dari awal sampai akhir..

Dari segi vocab... banyak juga yang dia tau.. sebutan sebiji sebiji.. susah nak dengar dia cakap pelat.. kecuali full sentence yang aku sendiri tak tau apa yang dia nak sampaikan dan perkataan perkataan yang memang berbelit lidah sikit untuk budak setahun.. tapi bila cakap satu satu aku faham.. contoh.. nak air..air.., sakit..gatal...pampers, fish, susu, pooh, pooro,dibo, ayam, cat, ulat,busuk, berak=byak, buah, kerja, TV, mama, ibu, abah, ayah,atok, nyang, opah, wan, car, burung, adam dan wawa (jiran sebelah), adik, mandi, toilet, mainan, hot dog hot dog (kartoon mickey) dan susu.. itu jelah yang aku ingat.

Dia ni peminat coklat.. klau beli 1 bar besar, bagi semua rasanya dia boleh habiskan..yang aku tak tahan..nak sental baju dia lepas tu..so kene bagi sikit sikit je.. yang lain mama punya.. suka vitagen.. biskut fish.. makan sambil tangan buat fish tgh berenang..kuat minum susu, nasi.?? kadang nak makan bayak..kadang2 tak mau langsung..nak main je ngan nasi tu.. Oh ye.. ainur ni tak suka orang suap, suka makan sendiri walaupun tak berapa reti.. so nak paksa dia makan, tepaksalah aku betegas untuk suap dia. Satu sikap dia time mkan ialah.. sebelum aku hidang lelauk tu di meja.. dia dah minta pinggan minnie dia minta nasi.. tunjuk pinggan kat aku sambil jerit..nak nak..nak.. aku pun bagi seciput nasii dalam tu.. tak leh taruk lauk lagi.. nanti haru biru lantai rumah... then dia akan ambikposition dia di mana aje kita orang duduk.. pastu makan sama sama..itu yang susah sikit nak suap dia..selagi dia tak puas suap/main nasi sendiri selagi tu diaakan refuse suapan nasi dari aku.

Ainur juga nampaknya dah faham.. solat, macam mana nak doa.. dan mengaji.. tapi baca iqra jelah.. muka surat 1, A..Ba..A..BA. last last dia sebut abah. abah.., pastu minat sangat ngan mengadap lap top.. tapi minta buka katoon pooh je... suh pasang lagu maher zain insayAllah... klau dengar lagu maher zain..mulalah.. badan mesti nak menari nari..sambil muka tersengih sengih pandang abah dan mama. Semalam baru mama tau yang ainur kenal maher zain.. waktu tgk majalah.. ainur tunjuk tunjuk gambar maher zain kat mama sambil tunjuk lap top,suh pasang lagu maher zain. kebetulan plak oasis kuar video clip mamat ni.. ainur apa lagi terus menghalakan tangan ke TV.. ohh. ainur kenal penyanyi lagu insyaAllah ni.. nak jadi FB Maher Zain ke??

Gigi... banyak.. dah nak penuh mulut.. rasanya dekat 14 batang atu lebih.. mama tgk ruang kosong kat depan tu adalah tempat untuk 4 batang lagi. Gigi banyak banyak pun susah juga nak membasuh gigi ainur.. tak suka orang usik gigi dia.. klau nak berus.. just bagi ainur berus tu.nanti dia gosok sendiri..klau kita nak gosok.. dia terus tutup mulut. Ainur ni kadang dah pandai buat muka juga. muka tak puas hati, kadang kadang klau orang tegur.. dia buat kelipkelip mata tak nampak.. dengan kata lain ..buat bodohlah.. siaplah yang ajar.. pengasuh ainur kata .. ainur suka buli kakak farhana kat umah ye..tak baik... napelah ainur garang sangat.. Tiru sape ni??

Mama pun nak mita maaf kat ainur... selalu naik angin dan marah marah aniur.. sebab .. ainur suka sepahkan balik kain baju yang mama dah lipat, pungah semua plak tu.. ke-2 , ainur suka pegi kat tong sampah umah.. wlaupun mama bagi warning banyak kali pastu golek kat dapur dan tempat tempat yang banyak tahi cicak..kotorlah sayang, ke3, ainur suka buat benda yang mama kata jangan buat.. terutama koyak majalah mama, pungah majalah dan buku buku dari rak.. so tolonglah ainur dengar cakap mama k.. sayang ..Lepas kene marah ..tau plak ainu pujuk aku..dia bagi kiss jesambil pangil mama mama.. tapi klau dia start nangis.. aku menangtak sampai hati..kene pujuk diabalik. ermmm mmuah love u ainur..

Itulah serba sedikit pasal ainur di usia setahun 4 bulan.. gambar??nantilah.. mama ni malas sikit bab upload gambar cause lap top ni lembab sikit.. nak pakai comp ofis.. seganlah plak.. klau rajin akan di upload.. klau tak.. mungkin tunggu mama rajin ok..