Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ainur Maryam

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, December 26, 2011

MOOD CUTI

Hari ni.. suasana di opis sangatlah suram.. sesuram cuaca petang di lembah klang ni. Semua orang dalam mood cuti.. jam pula terasa lambat... klik klik klik.. lagi sejam setengah pukul 5.30 ptg.. itupun kene tunggu en nazli datang ambik yangtak tahu pukul berapa baru sampai.. aku nak balik awal.. hari ni. .. megulit dan melayan makan minum anak2 dan suami.. lagi best..

Cerita azam tahun baruaku;

a) Nak iron baju awal.. malam sebelum pegi kerja ataupun hujung minggu iron semua.

b) Nak settle hutang2 bank sebanyak yang mungkin.

c) Nak minta kerja ngan Goverment atau badan badan berkanun.

d) Nak study ilmu construction lebih mendalam terutamanya pasal contract.

e) Nak jadi mama yang lebih bersabar. lebih rajin mengajar anak anak secara homeschooling.

f) Nak mendapat berat badan yang ideal kembali.

g) Lebih berdisplin dalam menyimpan.

h) Join kelas Al- Quran Al baghdadi kat sebelah ofis.

Setakat ni dulu list yang dapat aku senaraikan..rasa nak tambah lagi.. nanti dululah.

Friday, November 18, 2011

Hidup macam tiada hari esok.

This project, u make my life misserable and no more leisure time... Selepas mengalami musibah projek ni barulah aku tahu.. dunia koporat is not my life.semuanya nak cepat seolah olah hidup tanpa hari esok. Aku lebih tenang jadi QS di penang dari di KL.. Mungkin inilah musibah yang membawa aku ke satu sudut lain.."lebih berjaya dalam kerjaya "kata mak and my boss. Kata aku "nak jadi Qs berjaya atau suri rumah yang ada kedai buku"...huhuhu..

Bila mengalami kesusahan dalam kerja .. rasa tak nak jadi Qs.. tapi bila tgk orang yang lebih susah dari kita... Alhamdullilah.. impian nak jadi QS dari umur 15 tahun ni dah tercapai. But it is not good enough since i'm not sr yet.Buat project mega ni plak.. buat aku kecut perut.. risau ngan sikap and feed back client .

moga moga berjalan lancarlah untuk retender kali ini... Ya Allah permudahkanlah urusan ku dan bimbinglah aku.

Monday, August 22, 2011

holla...

Salam Ramadan.. harap belum terlambat nak diucapkan.. hari hari yang dilalui sangatlah sibuk di sini.. klau tak di ofis ,dui putrajaya.. nasib baik meeting ari ni pospond, klau tak pagi pagi lagi aku kene mengedap PMT PMT yang kaki buli ni.. apalah meetigtergempar yang diwar warkan oleh big boss PMT aku ni.. takutnyelah aku nak attend.. Ya Allah .. aku harap kerjaya masa depan aku bukan bersama PJH..

Kisah imran.. sorry imran mama belum sempat upload gambar anak lelaki mama ni.. imrann dah nak masuk 6 bulan .. berat 7.8 kg.. so berat.. semua orang cakap adik sangat semangat... mama pun tak larat nak dukung lama lama.. So last saturday,abah belikan adik stroller baru.. Yea!!yea!!

Alamak.. admin panggilah plak..tgu jap ye.

Alhamdullilah.. ada berita baik datang memanggil.. murah rezeki ramadhan.. moga dengan increement ini, ia akan membantu aku menguruskan masa depan dengan lebih baik.

Raya raya raya.. baru siap 50%.. banyak lagi nak dibuat... bila nak serbu jalan TAR ni???? Hujung minggu dah nak balik kampung.. kene kemas umah.. tunggu mak ngan abah datang KL.. klau tak dapat pi sana.. dapat pergi parit buntar pun oklah .





  • Baju Melayu Imran


  • Baju kurung aku


  • baju melayu suamiku


  • tudung aku dan ainur


  • 1-2 pasang lagi baju imran dan ainur


  • top up touch and go


  • persiapan hidanga hari raya


  • servis kete

Diatas adalah perkara perkara yang perlu dilakukan dan diadakan untuk menyambut hari raya. Sayang tolonglah.. raya lagi seminggu!!

Thursday, June 2, 2011

this project

Cukup 1 bulan aku di pakatan KL... imran pula dah masuk 3 bulan.. maknanya dah 3 bulan juga aku tak up date blog.. banyak cerita nak di cerita .. tapi broadband pula tinggal kat kampung. Nasib baik office mate aku yang comel ni kasi pinjam bb dia.. thanks ika..

skang aku tinggal kat kuarters askar jalan u thant/ desa pandan... suasana : sangat lah best.. dekat dengan semua orang.. terutama keluarga kami.. mak ngan abah aku pun senang nak datang..sedara mara kami dari utara dan selatan.. bolehlah menumpang ..sebab bilik tetamu ada 2. kawan kawan pun sama... dialu alukan. ke klcc hanya tak sampai 10 min.. ke tesco ampang pun sama. pergi office tak perlu pening kepala jammed.. imran dan ainur semakin dekat dengan aku.. tak sampai 5 min pun klau nak jenguk dia orang waktu tgh ari.. memang rezeki kami sekeluarga..

Pakatan KL sangatlah convenience, cosy and reachable... very near to TESCO ampang..boleh dikatakan tiap tiap hari aku pi sini.. makan tgh ari. Projek pun sangatlah besar.. tak tahulah larat ke tak nak handle.. ni 1st time aku handle projek dari pretender period... biasanya post aje.Memamg mencabar.. lebih lebih lagi deal dengan Putrajaya Holding.. Aku harap sangat aku dapat bertahan dengan pakatan sehingga projek  ni hingga final account.. this project gonna be one of malaysia icon. At least, setiap kali orang sebut sebut pasal bangunan ni.. aku akan rasa puas hati dan bangga sebab menjadi sebahagian dari project team, walaupun Pakatan bayar gaji aku lambat.

Kita hanya merancang , Allah jua yang menentukan.

Sunday, February 20, 2011

2 weeks to go..

It's only two weeks to go.. it might be less or more than that.. cause 5 march is my due date.. Usually, in this condition, people will have a good rest in their offie or home.. but i have to work more than before.. It is due to upcoming new project which have a tight schedule. I had to prepared an estimate for a project which is nearly hundreds million in 3 weeks.. Do you know how big is it?? An IPT main campus area with fully furnished facilities. Hopefully KL office can send me 1-2 KL staff to handle this project..

What i should do right now are;

  • HAve a good rest
  • List down every single thing what i and baby need before and after birth.
  • Packaging all my office stuff before posting
  • Looking for my baby wish list.. i'm waiting for my FP bouncer, bengkung moden, and 20 more cloth diapers for adik and kakak.
  • Surfing and reading.
  • Delegate all my office documents, task and info to othe peoples.
  • Preparing my confinements area.
  • watching home and health channel..
  • Reading Al quran as i wish to finish it..
But i can't fullfill the above list yet.. what a pity. Work have to come first.. ;)

Sunday, February 13, 2011

37 minggu.

Siapa tak berdebar debar bila kandungan dah masuk 37 minggu.. bila bila masa aje aku boleh bersalin.. tak mengira waktu dan tempat.. klau time ainur dulu aku bersalin hari ahad.. sakit pun di rumah bersama suami. so tak delah panik sangat.. klau tetiba aku sakit kat office.. mahu tak panik.. mungkin terpaksa drive sendiri ke kem ambik nazli atau ke hospital..hehe.. janganlah jadi cam tu.

Pagi ni aku buat antenatal check up seperti biasa ( seminggu sekali ).. apa yang paling aku suka..ialah berat badan aku naik 200 gm aje... still dalam 74 kg.. macam tak percaya je.. Aku dah makan pil shaklee dekat 2 minggu dan boleh dikatakan selera makan aku cukup bertambah sebab kesihatan aku makin baik.. so aku budget berat aku naik at least lagi 1 kg .. tapi pil ni buat berat badan aku maintain plak.. mungkinn ini adalah berat badan yang paling ideal untuk aku.. lepas bersalin ni.. nak try ambik lechitin skalilah..klau ia tak effek apa apa kat ibu yang tgh berpantang dan nursing ni.

Esok cuti maulidur rasul.. bolehlah aku menumpukan kerja kerja kraftangan yang perlu aku siapkan sebelum majlis maulidur rasul di rumah bakat pada jumaat ni. Tugas aku ..menyediakan 21 bakul hiasan buanga rampai untuk V.I.P .. sekarang ni aku baru 40% siap. Itupun bahagian reben dan bunga aje.. bunga rampai esok baru aku nak racik. lepas settle semua ni.. aku akan serahkan secepat mungkin kat kak fida.. aku nak rehat dan menumpukan persiapan baju baby yang tak sempat aku basuh sehingga hari ni.

Betullah orang kata.. bila dah sarat.. 24 jam pun rasa tak cukup. pergerakan kita yang tak setangkas orang kurus , buat kita rasa lembab je sepanjang hari. bukan malas tapi tak larat.

Sunday, February 6, 2011

Hari ni aku menjalani antenatal check up untuk minggu ke 36.. maknanya kandungan aku dah 9 bulan.. anything can happen at this moments.. tapi banyak perkara tak s4ettle lagi kat ofis ni.. aku pun tak tau sempat atau tak untuk siapkan v.o 2 yang kontraktor submit.. bukan sikit.. banyak snagat.. macam tak putus putus.... tapi bila nak start buat .. aku jadi blur..

Surat posting pun belum dapat.. aku tak tau bila suami aku akan dapat arahan tu.. aku tak sabar nak tahu tarikh sebenar posting.. lagi cepat aku tau.. lagi bagus.. lagi bersemangat aku kemas barang barang kat rumah.. skang ni.. asyik layan sakit sakit badan aje.. balik kerja.. buat kerja rumah.. then layan ainur.. baring.. sampai masuk waktu tido.. routine yang sama aje..

Setakat ni. kesihatan aku dah bertambah baik dari 2 minggu lepas.. aku dah malas nak ambik ubat klinik.. cause ubat klinik buat aku rasa nak termuntah aje. demam, selsema dan batuk tak juga kurang.. lebih haru lagi, kami sekeluarga mengalami masalah yang sama.. mula mula ainur demam, selsema.. then suami aku .. pastu berjangkit kat aku,... nak tak nak.. aku terpaksa juga beli tranfer factor dan vit vit shaklee.. sekarang ni baru nampak perubahan yang positif.. ainur aku hanya bagi makan TF .. alhamdullilah.. 2-3 hari je.. aku tgk batuk selsema dia dah kebah.. nazli ambik TF dan vit shaklee (vit c, vitalea dan b complex aje), nampaklah dia bertenaga sikit dari sebelum ni.. aku ambik TF dan set mengandung and bersalin shaklee.. baru seminggu mkan.. aku rasa kurang penat, badan lebih bertenaga, dan selsema batuk pun berkurang. SEmuanya positif.. rasa berbaloi baloi jugalah beli ubat ubat ni..walaupun berhabis dkat RM 450.00. Alhamdullilah.. dengan nikmat kesihatan yang Allah kurnikan pada kami.