Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ainur Maryam

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, February 13, 2011

37 minggu.

Siapa tak berdebar debar bila kandungan dah masuk 37 minggu.. bila bila masa aje aku boleh bersalin.. tak mengira waktu dan tempat.. klau time ainur dulu aku bersalin hari ahad.. sakit pun di rumah bersama suami. so tak delah panik sangat.. klau tetiba aku sakit kat office.. mahu tak panik.. mungkin terpaksa drive sendiri ke kem ambik nazli atau ke hospital..hehe.. janganlah jadi cam tu.

Pagi ni aku buat antenatal check up seperti biasa ( seminggu sekali ).. apa yang paling aku suka..ialah berat badan aku naik 200 gm aje... still dalam 74 kg.. macam tak percaya je.. Aku dah makan pil shaklee dekat 2 minggu dan boleh dikatakan selera makan aku cukup bertambah sebab kesihatan aku makin baik.. so aku budget berat aku naik at least lagi 1 kg .. tapi pil ni buat berat badan aku maintain plak.. mungkinn ini adalah berat badan yang paling ideal untuk aku.. lepas bersalin ni.. nak try ambik lechitin skalilah..klau ia tak effek apa apa kat ibu yang tgh berpantang dan nursing ni.

Esok cuti maulidur rasul.. bolehlah aku menumpukan kerja kerja kraftangan yang perlu aku siapkan sebelum majlis maulidur rasul di rumah bakat pada jumaat ni. Tugas aku ..menyediakan 21 bakul hiasan buanga rampai untuk V.I.P .. sekarang ni aku baru 40% siap. Itupun bahagian reben dan bunga aje.. bunga rampai esok baru aku nak racik. lepas settle semua ni.. aku akan serahkan secepat mungkin kat kak fida.. aku nak rehat dan menumpukan persiapan baju baby yang tak sempat aku basuh sehingga hari ni.

Betullah orang kata.. bila dah sarat.. 24 jam pun rasa tak cukup. pergerakan kita yang tak setangkas orang kurus , buat kita rasa lembab je sepanjang hari. bukan malas tapi tak larat.

No comments:

Post a Comment