Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ainur Maryam

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, April 2, 2010

AL FATIHAH BUATMU

Al fatihah buat Allahyarham Kak Ani QM yang telah kembali ke Rahmatullah pada tanggal 29 March 2010 pada pukul 4.05 pagi..Moga rohnye dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang orang beriman.
Rasa macam tak percaya kak ani dah tak de dalam kem ni.. arwah seorang yang sangat aktif dalam BAKAT dan pemergian arwah kerana heat stroke selepas bermain badminton memang mengejutkan semua orang.
Aku selalu bertembung dengan arwah setiap kali balik dari ofis.. kadang kadang nampak arwah kak beranda rumah setiap petang mengawasi anak anak dia main kat bawah.. sekarang ,dah tak de lagi orang yang angkat tangan kat aku setiap kali balik dari ofis..hmmm.. aku tau, semua orang terasa dengan kehilangan dia..lebih lebih lagi isteri isteri pegawai yang kerap berjumpa dan attend dinner keluarga dan messr night sama sama.
Setiap kali anak dara dia sibuk main ngan ainur.. aku mesti usik dia.. "Kak ani..yana nak adik tu.."..arwah akan buat muka menjuih...sambil cakap.."cukup...cukup..dah tak larat".. skang dah tak boleh usik kak ani lagi.
Arwah tiba di kem dari hospital sg petani pada pukul 8 pagi, semua orang dah tunggu arwah.. aku nampak QM sugul.. dan sesakali mengesat air mata.. anak2 belum tahu ibu mereka dah tak de time tu.. kecuali yang sulung.. arwah akan dikafankan di kem sebelum dibawa ke Serom, muar Johor.
Actually inilah kali pertama aku menghadiri dan terlibat dalam pengurusan jenazah. seingat aku kali terakhir waktu aku kat uia, kelas pengurusan jenazah. Tetapi yang ini lain , sebab mayat yang diurus , adalah mayat sebenar.. aku hanya tolong penyediaan kain kafan saje..aku tak dapat mandikan mayat, sebab aku nampak ramai yang ingin terlibat waktu memandikan jenazah dan memikirkan aku ada anak kecil so elok aku duduk diam diam lepas siapkan kain kapan.. tapi aku rasa rugi plak tak buat, iyelah ini fardhu kifayah yang bukan selalu dapat kita amalkan kan? ramai yang datang , boleh dikatakan semua yang mengenali arwah dan semua tentera turun menunaikan solat jenazah. Panglima dan datin 2DIV juga turut hadir..waktu ni anak 2 arwah dah tiba.. anak sulung nampak cam faham.. tapi aku tak nampak depa menangis.. macam terpinga2 je.. yana, anak bongsu arwah duduk ngan aku.. dia cakap kat aku ibu dah mati.. kuat betul budak 6 tahun ni, tak sedih siap boleh main lagi.. mungkin tak nampak muka ibu dia lagi kot.. anak kedua arwah cam tak boleh terima ibu dia mati.. siap marah adik ngan abang dia bila depa kata ibu mati..tapi tak nangis plak budak2 ni..
Bila arwah dibawa masuk dan siap dikafankan... barulah aku nampak muka masing masing sedih... yana tak nak kiss ibu dia sebab takut.. sedih sangat.. siap peluk aku tak nak pegi tgk ibu dia.. semua orang pujuk.. akupun tak dapat pujuk..last last dia kuardari masjid ngan makcik dia. tak pelah.. budak kecik ni tak faham apa apa...Apabila semua settle, arwah dan kelurga berangkat ke Johor.
"Sesungguhnya..apabila tiba masanye..tak kira tua atau muda..janji Allah itu tetap tiba tanpa lewat sesat pun.."Itulah peringatan untuk aku..

No comments:

Post a Comment