Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ainur Maryam

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, January 10, 2010

Antara kerjaya profesional dan suri rumah yang profesional..

Aku baru kerja 3 tahun setengah.. tapi dah mula rasa cam nak jadi suri rumah je.. alangkah seronoknye klau tak ada banyak comitment kat luar ( hanya berfantasi) ..terutamanya keawangan.. mesti aku dah jadi ibu n isteri kat umah je skang .. tapi..itu klau aku tak de hutang PTPTN..and banklah..

Tapi reality kehidupan bukan begitukan..kan ..

  • Aku dah biasa bekerja n memegang duit sendiri dari umur 18 tahun.. klau tak keje tak adalah duit untuk aku beli barang yang aku suka..banyak kesenangan yang aku lalui sekarang kene cut... Klau gaji laki aku RM 5 k and above...and dia bagi aku half okaylah..hehehe..bleh tak yang?

  • Penat aku bercite2 dari umur 15 tahun.berusaha nak jadi QS..belajar bagai nak rak..tak tido malam nak presentation..walaupun presentation tak power mana pun..bila...dah dapat nak lepaskan gitu aje..impian aku at least biarlah 10 tahun experience and registered jadi certified QS. Ya Allah tolonglah mudahkan hidup aku..

  • Aku tau family aku akan pertikaikan keputusan berhenti keje dalam keadaan tak sepatutunye.. ( bila time sepatutnye?? aku pun tak tau..lepas habis bayar ptptn kot..nanti aku tak bleh pegi oversea plak)
  • Ada baik juga aku berkerja.. hidup zaman sekarang tak sama cam dulu.. semuanya memerlukan duit.. kesusahan dan kesenangan untuk meningkatkan kualiti hidup memrlukan duit.. lebih2 lagi duduk di bandar dan jauh dari keluarga. At least aku menyumbang pada ekonomi keluarga dan dapat membantu dan membalas budi ibu n ayah aku..

  • Sebagai ajk BAKAT ( BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ANGKATAN TENTERA), bila aku bekerja aku tak perlulah terlampau comitment pada bakat.. betul tak?? work first..bakat 2nd..

  • Klau aku tak kerja ..ainur mungkin tak dapat mainan fisher price kan..cian anak ibu..tak tak pe..ibu kerja supaya ainur dapat yang terbaik..

Sebenarnye ,ada banyak sabab untuk ibu2 sekarang bekerja.. tak kiralah di rumah atau di pejabat.. yang pasti untuk meningkatkan ekonomi keluarga..itulah sebab utama.

Walau bagaimanapun aku tetap respect sesiapa yang boleh jadi suri rumah sepenuh masa walaupun dalam serba kekurangan..Sebab ia adalah kerja yang MULIA.. MUngkin suatu hari nanti aku akan berjaya menjadi surirumah sepenuh masa juga kot..BILALAH MASANYE?? 10 tahun..atau 20 tahun lagi?? Sayang kita pencen sama2lah..bleh sama2 jadi orang rumah..taklah sunyi sangat..( sambil berdoa..amin)

No comments:

Post a Comment