Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ainur Maryam

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, December 29, 2010

Cuti , cuti.. interview

Semua raya Malaysia pasti gembira sebab esok a.k.a 31.12.2010 Malaysia diistiharkan cuti sempena kemenangan piala Suzuki.. Dapatlah rehat 3 hari.. nak gembira pun cam tak best.. sebab suami aku bukan nye boleh cuti .. dia tetap berada dalam hutan di sempadan.., lainlah klau dia pun dapat balik penang. Yang aku tahu 5 januari ni baru dia bleh balik..itupun klau heli dapat masuk ambik diaorang dalam hutan tu.

Apa apapun tahniah buat pasukan Malaysia atas kejayaan memberi piala suzuki pada peminat peminat bola dan Cuti sehari pada rakyat Malaysia. Aku sebenarnya boring plak memikirkan nak buat apa time cuti ni..Biasanya aku akan settlekan kerja kerja rumah awal pagi, then layan ainur tgk tv, bercakap dan membaca buku buku dia, layan internet jap,pastu baca buku or majalah yang berlambak kat rumah tu. Klau nak pegi window shopping pun, dah tak berapa larat, lebih lebih lagi kene bawa ainur.. lagilah tak larat. kene tunggu nazli balik baru bleh lakukan aktiviti tu. Nak balik kampung kat bagan serai .. malasnye rasa nak drive ke sana bila memikirkan ainur tak suka duduk dalam kete...dia lebih suka berdiri dalam car seat ...so , not a good idealah..

Apa yang patut aku lakukan hujung minggu ni..ermm... malam nilah aku buat list... tapi rasanya nak siapkan barang baby.. then nak susun balik store kat rumah.. aku nak kemas barang barang yang tak berapa nak guna dalam kotak.. so klau kene pindah umah baru nanti..tak lah kelam kabut sangat nazli.. iyalah..dengar khabar bulan 3 ni masuk rumah baru, aku plak dah tunggu masa nak bersalin time tu..so siapkan awal awal supaya senang sikit nak angkut barang.. klau tak jadi pindah pun tak pe..at least umah tak nampak semak sangat ngan barang 2 yang tak tersusun.

Oh ye.. aku nak cite pasal interview aku semalam.. nampak cam ada peluang tapi bila COO tu tanya aku ada tendency tak untuk berpindah cause suami kan army.. itulah yang buat aku jadi serba salah nak kerja kat sini.. terus terang aku cakap risiko untuk berpindah tu memang ada.. cuma aku tak pasti bila.. so aku try juga minta PDCC ni cause aku nak mengembangkan kerjaya aku.. lepastu depa tanya lagi Aku nak jadi registered QS ke taK?.. Of course aku nak.. aim aku hingga umur 35 tahun.. masalahnya PDCC tak ada registered QS sebagai supervisor.. pelik betul company ni.. nama company besar.. multidisciplinary company.. tapi registered QS tak de.. oklah.., itu tak jadimasalah.. aku bleh minta en zainal jadi supervisor aku nanti.. terpaksalah aku buat kerja lebih untuk benda ni.

Ini baru interview pertama.. klau ada rezeki dapatlah pi interview ke-2.. interview pertama ni lebih pada sesi perkenalan antara aku ngan pengalaman kerja di tempat lama.. nasib baik dia orang tak tanya banyak sebab masa dah pun suntuk. dari pukul 2.45ptg aku datang .. pukul 5.15p.m baru dipanggil.. Qs ada 6 orang, eng ada 3 orang dan 3 orang lagi planner. Penat menunggu. Klau tau, baik aku datang pukul 4p.m.

Perasaan lepas interview??? Aku serba salah plak.. dah lah apply PDCC tanpa pengetahuaan suami aku, then pergi interview tanpa dapat restu dia, macam mana bagi tau..line phone tak de, klau dapat PDCC, dia plak kene posting KL atau mana manalah, tak ke aku kene tinggal kat penang jap dengan 2 orang anak kecik. Klau tak dapat.. tak jadi masalah yang memeningkan kepala aku , cause blehlah buat plan lain. Klau dapat.. kene plan gak ngan dia sampai bila aku nak kerja situ, klau dia posting 2 div.. senang nye hati aku.. ;) Kene fikir - kene fikir ni.. sesungguhnya.. aku berserah padamu ya Allah untuk memberi aku keputusan dan tempat yang terbaik bagi kami suami isteri..

No comments:

Post a Comment