Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ainur Maryam

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, January 10, 2011

Berita sedih yang mengembirakan

Pejam celik- pejam celik.. dah masuk 2 minggu kita berada dalam tahun 2011.. tapi banyak benda yangtelah terjadi di sekeliling kita. Ada berita sedih , gembira, lucu , bengang , keliru dan memualkan. Setiap kali baca akhbar.. seolah olah Negara yang ku cintai ni tak bekembang maju dengan idea bernas dan pencapaian yang membangunkan umat mausia.. hanya perkara perkara satira kehidupan dan politik dijadikan bahan muka depan dada dada akhbar.. tak mendatangkan apap apa faedah langsung, meningkatkan kadar masalah adalah. Apalah nak jadi umat manusia sekarang?? "sigh.." Mungkin puncanya seing mengabaikan solat kot? atau sebenarnya manusia manusia ini lupa pada yang Esa?? Hari jumaat dan raya baru nak ingat Allah.. ok.. hanya selingan sebelum mencapai maksud sebenar tajuk..


Selesai aku menjalani pe interview di PDCC .. seperti biasa ku harus menunggu jawapan.. perasaan ketika menjalani interview tu??

  • sangat selesa,walaupun didepan aku ada 4 orang tukang interview. Mungkin aku pernah menghadiri mensyuarat dengan dua daripada mereka ketika di site meeting, so, aku tak rasa takut atau mengelabah.
  • Lebih banyak tanya berkenaan hal ehwal kerja di ofis lama.
  • Dari segi kerja , tak ada masalah. masalah klau nak jadi registeredQs, mereka tak dapat provide..company ni ada masalah..
  • Mungkin diaorang perasan aku ni tgh sarat mengandung walaupun aku tak bagi tau.. dari situ aku tau, yang aku mungkin akan jadi calon yang dipetimbangkan aje.
  • Then,dia tanya aku , if husband aku kene posting cam na sincemy husband is army officer?? hahh.. time soalan ni.. memang aku dah tau.. cam tak ada harapan je .. perasaan aku tiba tiba jadi 30-70.. dapat tak pe.. tak dapat lagi baik. sebab yang pasti tahun ni..memang suamiku akan posting..
  • lastly..aku ucapkan terima kasih kerana meletakkan aku dalam senarai pendek temuduga yang di pohon lebih 50 orang tu.
  • Kesimpulanya.. dari segi kerjaya . .. mereka kata tak ada masalah.. mungkin bleh di petimbangkan untuk second stage..tapi peribadi.. tgh sarat pregnant and husband yang mungkin akan posting.. itu perlu diambil kira.. lagipun dia orang nak 1 jeQS..
  • Aku..okje.. keluar ari PDCC.. aku beserah jelah.. usaha dan tawakal.. klau dapat rezeki , tak dappat rezeki aku di tempat lain.. ( dalam hati;; bialah tak dapat!!)

Actually, aku memang saje saje minta PDCC ni unuk mencari pengalaman interview selepas 4 tahun tak menghadiri mana mana temuduga. selain tu untuk update resume yang tak pernahku update selama 4 tahun juga.

After a week.. aku dapat jawapan " anda tidakberjaya" dengan gembira dan bersyukur.. Sesungguhnya , hanya Allah je yang tau betapa aku susah hati klau klau jawapannya anda berjaya ketika ini. Rasa tak mampu plak nak bejauhan dengan suami semata mata nak kerja di PDCC. Nak tolak sayang.. lebih baik tak dapat terus.

Beberapa hari kemudian.. suamiku dapat call dari mindef.. c.o Huzaimi call bgtau dia dapat posting jauh di seberang.. Jauh tu.. lagi jauh dari keluarga.. tapi aku teruja juga nak ke sana. Suami aku tak kisah, cuma kerja aku jadi masalah.. terpaksalah aku call KL untuk memastikan cawangan sana available atau tak nak tambah sorang lagi... Tak ada jawapan yang pasti dari ofis Pakatan.. Dauk seri akan turun penang hari ni untuk bincang ngan aku face by face..klau kena risik kekosongan di KL ofis juga ni.. C.O huzaimi nak keputusan segera supaya dia dapat memastikan aku sekeluarga dapat mencari nafkah bersama di satu tempat.. Nasib baik ada C.O yang prihatin.. Lagipun suamiku beritahu dia nak sambung belajar tahun depan cause dia dah banyak ketinggalan dari scout scout dia yang lain.so mungkin masalah itu yang akan di pertimbangkan nanti. Jika dia kesana , sukar sikit nak balik ke semananjung, erm..so kesimpulan nya.. yang pasti aku akan posting selepas bersalin nanti.. tapi ta pasti di mana tempatnya..antara 2.. semenanjung atau timur? Aku harap dapat jawapan segera supaya senangaku nak set up persiapan perpindahan kami sebelum bersalin bulan 3 ni.

Melihat perjalanan yang Allah aturkan setakat ini pada kami sekeluarga, keaadaan memang terkawal dan terbaik.. aku tak kecewa dengan keputusan PDCC.. Antara 2 tempat yang di tawarkan untuk posting juga menarik dan masing masing ada kelebihan untuk aku dan suamiku.. cuma yang tebaik belum dapat kami tentukan kerana semua jawapan ada Pada Mu , pengerak hati hati di Mindef.

No comments:

Post a Comment