Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ainur Maryam

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, January 23, 2011

KL ..

Akhirnya aku mendapat jawapan posting yang agak muktamad dari suamiku.. kenapa aku kata agak muktamad?? sebab C.O hanya dapat berita melalui sms aje.. belum msg black and white dari MINDEF. InsyaAllah suamiku akan di postingkan ke Markas Latihan Kuala Lumpur. Aku harap kami akan dapat quarters dalam mindef atau ampang. Tetapi lebih baik kalau duduk dalam mindef, dekat sikit suamiku nak pergi kerja. Bolehlah dia naik motor atau basikal aje.. Iyelah, kami hanya ada satu kereta aje setakat ni. Dalam perancangan menambah satu kereta lagi, tapi aku harap suamiku bersabar sikit, sebab aku nak settlekan hutang kreditkad dulu.

Dalam rasa seronok nak memulakan hidup baru di sana, banyak benda yang aku fikirkan.. dah lama aku tak balik Kuala Lumpur.. kota yang padat dengan kereta dan ragam manusia, bolehkah aku memulakan rentak hidup sebegitu seperti zaman aku belajar dulu. Kos sara hidup yang tinggi, Kerjaya aku yang masih di tahap rendah (bagiku), ragam budak budak ofis yang ramai di pakatan KL, dan bagaimana sikap pengasuh anakku nanti di sana. Ramai yang saran ambik bibik.. tapi aku tak nak privasiku diganggu oleh bibik 2 yang banyak buruk dari baiknya. Biarlh aku beri rezeki pada rakyat tempatan dulu.. setakat mengasuh 2 orang anakku , kami masih mampu menanggungnya.

Selain dari cerita posting aku ni, aku juga dapat berita baik dari PTPTN. aku berjaya menukarkan skim 3% kepada 1% ..iaitu skim ujrah. Aku tgk banyak borang yang perlu aku settlekan untuk penukaran skim ni. Bertambah lagi satu kerja aku.. Selain borang borang ni.. aku kene settlekan borang LHDN.. tapi aku dapat buat pembayaran zakat pendapatan..so PCB aku tak patut di potong .. dah 2 tahun aku bayar zakat ni.. terpakalah aku pi claim balik duit PCB. Leceh betul.

Sekarang ni aku tgh tunggu agent prudential aku untuk terminate insurance aku. Bilalah dia nak ctc aku ni.. minggu lepas dia kata nak datang jumpa aku minggu ni.. tapi senyap je. Nampaknya kau kene bertindak segera sebelum insurance aku di potong dari kreditkad aku akhir bulan ni.
Lepas ni aku nak cari insurance berlandaskan syariat je.. kad kredit pun aku nak settle secepat mungkin tahun ni... bukan apa, kad ni konvensional.. lagi cepat aku settle, kurang sikit beban aku dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment