Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ainur Maryam

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, January 2, 2011

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru buat diriku dan semua umat manusia di luar sana.. Sebelum aku memulakan bicara 2011, terlebih dahulu aku ingin mengucapkan syukur alhamdullilah atas kesempatan yang Allah kurniakan padaku sehingga hari ini.. dan tahun 2011. Alhamdullilah... aku masih menghirup udara dan menikmati kehidupan di alam ini. Alhamdullilah untuk segala rezeki dan dugaan yang Engkau berikan padaku.. semoga ia menjadi penambah semangat dan peringatan untukku menjadi lebih baik dari hari ke hari. Syukur Alhamdullialh..


2011..

Aku..Usiaku akan bertambah setahun lagi.. menjadi 28, aku akan mempunyai seorang anak lagi.. inyaAllah anak lelaki..mekengkapkan kehidupan kami suami isteri..

Perkahwinan ---Usia pekahwiana kami pula kan memasuki tahun ke 3.. begitu cepat masa berlalu.. tak sedar yang aku telah mengenali suamiku 3 tahun.. aku masih ingat pertemuaan pertama aku dan dia ialah pada 28 disember 2007.. di messr 2 ramd.. tapi taklah berborak.. just say hi.. bila adi kenalkan aku ngan dia.. then 10 january 2008 , sekali lagi adi ajak aku menjadi partner untuk majlis hari jadi lt kol Aziz, so malam tulah first time dia berborak ngan aku,berborak pasal unit trust je.. so bored kan.. tapi timetu aku baru aktif jadi cimb wealth advisor.. apa yang penting aku dapat client.. setakat tu je kot..pertemuan aku.., kemudian..start calling each other.. then he help me to find customers,.. we had date for only 4-5 time before he asked me to be her wife.... sangat ekspress.. itulah jodoh.. dan itulah doa yang aku selalu pohon agar di temukan jodoh secepat mungkin setelah 4 tahun tanpa kekasih.. hehe..thank you Allah and i love u sayang .. Moga jodoh kita hingga akhir hayat.

Ainur Maryam.. 30 dis 2010.. kakak dah masuk setahun 4 bulan.. seorang yang sangat aktif.. pandai berjalan pada usia 10 bulan, dah ada 12 batang gigi setakat ni...termasuk gerham.. pandai merajuk dan mengikut apa aje yang orang cakap.. sangat aktif bercakap sejak 2 bulan lepas.. dah kenal kartun pooh, dibo, chunggington, barney, pororo dan banyak lagi dalam channel playhouse disney.. dah tau adik ada dalam perut dan selalu cium adik/ perut ibu. suka menari ikut rentak lagu kartun kartun yang ditonton dan ikut menyanyi..walaupun sebutan tak lengkap.. Kakak juga dah pandai berdoa ikut ibu dan suka menconteng buku dan drawing block.. banyak yang kakak dah pandai.. ibu tak tahu sama ada terlalu cepat atau satu tumbesaran yang normal.. harap harap normal .. mungkin advance sikit sebab ibu selalu bagi kakak ubat minda. pak cik yang buat ubat minda tu ada pesan kat ibu .. klau anak kecik amalkan ubat homeophaty ni, otak dia akan jadi cerdas dan cergas, tahap curiousity akan bertambah dan anak memang akan aktif, so ibu perlu pantau dan memberi input yang betul pada anak anak ibu. Itulah yang ibu cuba lakukan pada kakak.. sekarang ibu cuba mencari sebanyak mungkin bahan bacaan dan pembelajaran yang sesuai ngan kakak sebab kakak sangat suka membelek buku.. kadang kadang berlakon macam dah pandai membaca, dan kakak suka bertanya tentang apa yang ada dalam buku.. kakak buat ibu nak jadi cikgu tadika aje..

Adik.. insyaAllah mengikut scanning baby boy.. dapat juga sepasang.. insyaAllah adik akan menjenguk alam ini dalam bulan 3.. rak sabar rasanya nak jumpa adik.

Kerjaya.. moga lebih cemerlang dan baik.. harap Allah memberi sesuatu yang terbaik untukku.Amin.

Selamat Datang 2011

No comments:

Post a Comment