Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ainur Maryam

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, January 12, 2011

UJIAN TAHUN BARU

Hari ni , ibu dan anak jatuh sakit.. setiap malam , dah 2 hari suhu badan ainur naik. Suami aku kata mungkin gusi dia nak tumbuh lagi sebab air liur selalu meleleh.. kesian dia.. susah nak tidur.. Aku plak demam sebab tekak bengkak.. dr kata aku kekurangan air, tapi rasanya dah tak larat aku meneguk air 2 liter setiap hari..cuma sejak akhir akhir ni, badan aku selalu panas dan aku kerap rasa nak terkucil. sebab tu kot tak cukup air dalam badan. Dapatlah aku MC 1 hari untuk merehatkan otak dan badan.. tgh hari tadi demam dan aku tak masak apapun ahari ni, nasib baik suamiku dah masak kurma daging semalam, so balik tadi just masak nasi.. Sorrylah sayang I memanng tak larat.

Semalam, aku survey set bersalin di internet.. survey punya survey.. tak atulah plak shaklee ada confinement set... respond pengguna pun semuanya positif.. Macam berminat plak.. just supplemennt ; multi vitamin, zinc, b-complex, vit C and alfaalfa.. ni yang buat aku teruja nak cuba. Walaupun ini anak yang ke-2, tapi bab set bersalin ni aku jadi sedikit blur. Time pantang ainur aku cuma makan produk Hpa yang di hadiahkan oleh kawan aku, tapi banyak benda yang aku tak habis makan, terutama air akar periuk.. langsung tak usik..sebab takut baby panas.. aku cuma makan pil pil dia je. Masalah lain ialah, masalah sembelit yang melampau plak.. dekat 2 minggu tak membuang rasa perut kembung aje.. kepala pula sakit.. jadi kali ni aku memang nak ambil set confinement yang betul betul ok. Selain tu ekonomi.. maksud aku berbaloi dengan pengeluaran aku.

Ada yang memberi nasihat, tak payah membazir beli set bersalin, sebab ubat untuk cuci luka bleh minta kat hospital je, ubat pelawas pun hospital boleh sediakan. Ada kawan kawan di BAKAT advice makan ubat pelawas yang beli kat kedai cina je... macam julap.. sebab lebih berkesan , itu tak lah mahal sangat klau nak di bandingkan dengan ubat dari set set bersalin. betul juga tu.Mandian pula aku beli jenis TYT je, 3 kotak, tak tau cukup ke tak.. aku tgk testimoni kat website dia semuanya kata ok dan best..so aku beli jelah..lagipun harga dia tak mahal sangat baru rM 6 sekotak untuk 2 uncang. Selain tu, aku dah beli tungku moden dari kawan sekolah aku.. berat 2kg , harga baru RM 35 je, klau kat luar diaorang jual rm 55.00 mimie jual memang murahlah. Dia kata berat 2kg nipun dah cukup untuk berpantang, klau nak panas pun senag , tunggu 5-10 minit dah bleh pakai , tak macam tungku tradisional. Untuk luka dalaman,mak aku pun ada bagi sebotol gamat al insaan ... sekarang ni yang aku nak cari supplement untuk memberi tenaga dan memulihkan kesihatan aku sepanjang berpantang aje. Menjengah forum di susuibu.comlah membuat aku teringin untuk cuba shaklee ni.

Benda yang paling aku minat pasal set shaklee ni ialah pil alfa alfa yang berharga RM 43 (ahli) untuk 330 biji. Boleh consume sampai 5 bulan setengah sebab sehari 2 biji aje. Fungsinya untuk memperbanyakan susu, susu menjadi lebih pekat dan elok untk memulihkan system peranakan. Aku pula memang berniat untuk fully breastfeed baby ke-2 ni ampaii 2 tahun, so stok susu mesti lah cukup, klau tak terpaksa jadi macam ainur, separuh jalan je niat aku. Memandangkan ainurpun menyusu secara part time, aku memang harap alfa lafa ni membantu pengeluaran susu aku. Aku skang ni cuma confuse nak beli trial set atau full pack.. trial set harga baru Rm 100 bleh pakai sebulan je. Full pack RM 200 lebih tuk 4 bulan,..itu belum masuk bengkung moden yamg berharga RM 200 lebih juga.. atau aku beli jenama fabulous mom aje, baru rm 90.Klau tak beli ..lambat plak kempis perut aku ni.. lagi satu, untuk perjalanan jauh elok gak klau aku ada bengkung yang betul betul kemas kat perut untuk menampung peranakan aku ni..apa yang menarik pasal bengkung ni, bleh pkai untuk c-sec juga . lepas bersalin pun bleh guna sebab ia nipis dan tak panas, macam tak pakai je.

Ish...ish..Sekali keluar duit cam air .. masa tinggal lagi sebulan lebih untuk decide, harap harap dapat claim milleage lebih sikit bulan ni.. bleh aku ambil full set shaklee+ set bengkung modern =RM 500. Ni tak termasuk nak ambil bidan mengurut ..berapalah semuanya persediaan bersalin aku ni.Nasib baik barang barang baby banyak yang aku sedikan awal awal.

Itu baru ujian persediaan bersalin, dalam masa yang sama aku dan suami juga akan berposting.. setakat ni, info di masih di semenanjung.. mungkin akhir bulan ni baru boleh comfirm, itupun kene sediakan duit juga. Kereta perlu di servis sebelum berpindah, duit untuk beri pada tukang angkat baru juga perlu disediakan, mungkin dalam RM 200-300, Klau dapat kuarters, taklah risau sangat..klau kene duduk luar..alamatnya kene siapkan deposit rumah , api dan air.. erm..banyak tu. Kawan aku kata, balik KL duit kene berkepuk jugalah sebab belanja jadi double. Maknanya aku kene try minta ofis lainlah kat Kl nanti.. anak plak masuk dua,belanja pengasuh pun bertambahlah. Tahun baru ni memang sungguh mencabar..semoga Allah sentiasa memberkati setiap perjalanan kami sekeluarga.

No comments:

Post a Comment