Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ainur Maryam

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, January 26, 2011

Cuaca di luar agak mendung.. hari ni kat ofis tak de sape .. bos dan assistant aku pergi perlis untuk site meeting projek uitm. Tinggallah aku ngan ofis boy je kat sini.. Ofis boy aku plak membuta kat bilik belakang.. mentang mentanglah dia tak de kerja.. tapi tak pe.. at least aku boleh guna komputer kat bawah ni buat kerja sambil survey item item yang belum aku beli untuk persediaan bersalin ni.

Bilalah agaknya suamiku dapat keputusan untuk posting ni.. aku tak sabar nak tahu.. banyak kerja yang aku perlu lakukan sepanjang bulan ni.. selain mengemas barang , preparation untuk bersalin pun aku tak habis beli.. terutama bengkung dan supplement.. yang lain boleh aku beli kat KL .. yang lain tu..apa ye?? OK , aku nak bouncer baby ngan nursing pillow je lagi.

Dalam keaadaan yang agak gawat ni, ada beberapa perkara yang perlu aku pertimbangkan dalam akaun keluarga kami..memikirkan cenderahati yang sesuai untuk diberi pada batalion 2RAMD dan BAKAT 2RAMD.. budget mungkin dalam RM 300.00, duit untuk persiapan perpindahan dan perjalanan : RM 500.00, kelengkapan bersalin yang aku tak habis beli dalam RM 400.00, cenderahati buat officer wives BAKAT RM 100.00 (cukup ke?). Itu belum masuk persiapan masuk rumah lagi.. servis kereta, dan lain lain lagi..kene pandai pandai budgetlah nampaknya.

Malam ni ada bacaan yassin kat rumah BAKAT.. tak pasti nak pergi ke tak.. aku teringin nak pergi tapi tak larat plak.. klau pergi dapat gathering ngan ahli ahli BAKAT sebelum aku berpindah.. maknanya kau kene bawa ainur skali.. abah dia ada tahlil plak kat surau. tak pelah.. ok gak bawa ainur, bleh aku balik awal klau tak larat.

Kandungan ku dah masuk 8 bulan 3 minggu , tinggal lagi sebulan lebih je baby akan menjenguk dunia. Mengandung kali ni berat badan ku macam yoyo, sekejap naik, kejap turun.. 3 minggu sebelum ni berat aku 74 kg, minggu ni 72 kg..actually awal pregnant 67 kg.. so setakat ni berat aku naik 5 kg je? Masa mengandungkan ainur, berat terakhir 74 kg.. harap samalah cam dulu bila aku nak due nanti. Pastu nak manage jaga perut dan menyediakan khasiat susu ibu ada 2 orang permata hati ni..

Aim lepas bersalin.. dapat kurus hingga 54kg..hehe..

No comments:

Post a Comment