Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ainur Maryam

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, November 1, 2010

AKU DI BULAN OKTOBER

Sepanjang oktober yang lepas, hidup aku agak padat dengan pelbagai aktiviti, baik kerja, BAKAT dan keluarga. Semuanya pelu diselesaikan sebelum bulan november. Seolah olah tak ada masa untuk hari hari yang lain.. tapi itulah lumrah kehidupan,.. lagi awal kita settlekan perkara pekara remeh dan besar dalam hidup ni..lagi baik.. lagi cepat kita dapat berehat... Alangkah seronoknye klau dapat bercuti bersama keluarga tercinta di waktu ni.. aku teringin sangat nak tgk keindahan pulau langkawi..atau pun menyusuri kebun kebun bunga dan strawberi di cameron highland..Aku sebenanya perlukan mood baru untuk berkerja....tolonglah.

Seperti biasa beban keja aku makin bertambah nampaknya bulan november ni.. banyak projek yang semakin kepenghujung waktu, bermakna final payment akan menyusur. Tak tahulah sempat atau tak aku siapkan sebelum aku bersalin. Aku terpaksa mengumpul kembali segala data data payment yang lama dan outstanding v.o supaya masalah tak akan timbul bila aku start bercuti nanti. Aku juga sedang sibuk menyiapkan diri untuk meluaskan lagi pengalaman aku di company company yang lain.. dengan pengalaman 4 tahun lebih ini aku harap tebuka ezeki akudi tempat yang lebih baik pada masa akan datang.. Moga rezeki baby no 2 ni dapat menadikan ibu QS yang lebih baik..ye sayang..doa doakan ibu..i'm very hope for the second link..if not... ikut ayah ke batu gajah je lah..

So the check list project now are;


  • Medium cost apartment 1B - to be final account
  • Spa and Gymnasium - Cost Estimate and Tenderstage
  • 24 unit Bungalow - interim payment, v.o and peparing final data
  • Medium cost apartment 1A - V.O pending , interim payment
  • Computer labs - Interim 11, 12 , M&E issued sum and final payment
  • 21 Unit Bungalow - distibution of tende documents
  • My C.V - Up date the c.v everytime ( This should be the priority!!)

BAKAT

Ini salah satu persatuan wajib untuk aku sebagai isteri askar,, Aku ahli bakat 2RAMD merangkap ajk masakan. Keja aku lebih tertumpu pada penyediaan sajian sahaja.. tetapi kadang kadang aku akan tolong hal hal kreatif juga. Ada pro and con dan menyertai bakat ni.. Sebenarnye terpulang pada ibu BAKAT itu sendiri ke mana hala tuju diaoang dalam menghidupkan BAKAT. Setakat ni , aku dah berada di bawah 3 teraju BAKAT .

Pertama Kak Rozi. Aku hanya sempat bersama kak rozi dalam 4-5 bulanje seingat aku.. aku, tak banyak aktivii yang aku ikuti bersama kak rozi sebab time tu aku kira orang baru dalam BAKAT ni,, klau dia orang panggil officer wife turun , aku ikut jelah.. masih termangu mangu setiap kali aku join dia orang.. tak faham sangat lagi macam mana nak bergaul dengan office2 wife and other wives lah.. iyalah.. baru jadi wifelah katakan. So, aku tak boleh nak judge hala tuju bakat time nilah.

Secondly, kak wati.. time ni baru aku aktif gile..tapi aku pun dah start mengandung anak pertama.. so ke aktifan aku pun hanyalah setakat yang mampu je.. mengandungkan anak pertama ni alah aku teruk juga.. sampi nak bersalin aku rasa mual mual.Dari awal tahun hingga akhir waktu kak wati di 2 melayu lebih kurang setahun setengah.. kak wati seorang guru, so dia mengaiskan hala tuju bakatdengan jelas dan meletakan BAKAT lebih kepada keluarga dan agama. Diamping aktivii2 yang menyihatkan,kak wati nampaknye berusaha memberi ilmu pengetahuan keagamaan dan pengurusan kendiri dan keluarga pada ahli ahli bakat..sayangnya ada pekara perkara yang tak dapat dia settlekan sebelum posting.

Thirdly, Kak Fidah. Dia masih baru di sini.. setakat ni kak fidah lebih banyak menghabiskan aktviti aktiviti bakat yang tergendala setelah kak wati serah jawatan padanya. telalu awal untuk lihat hala tuju kak fidah.. cuma nampak dia lebih suka dalam bentuk hiburan setakat ni.. ada juga aktiviti aktiviti kekeluargaan yang diatur tapi lebih dalam bentuk kebajikan ahli bakat. Dari segi agama, kami banyak mengikuti majlis bacaan yasin yang diadakan beberapa kali di rumah beliau dan rumah BAKAT. Walaupun kak fidah masih baru, BAKAT agak aktif dan sibuk bersamanya, mungkin kekangan masa yang memerlukan BAKAT menutup segala aktiviti sepanjang bulan 11 dan 12 ini membuatkan kami seperti lipas kudung yang tak cukup tangan dan masa untuk menyetelkan segalanya. Sebagai officer wife dan ajk , banyak yang pelu diuruskan dari pihak atasan hingga yang bawah.Penat memang penat, pesiapan setiap majlis mesti lancar seperti yang di harapkan kak fidah yang banyak idea , kadang kadang menjadi keadaan sikit tak keruan dan tertekan. apapapun semuanya telah selamat.. dan kami boleh rehat. Harap tahun hadapan keadaan tak sebegini kelam kabut dan lebih tersusun.

Messr night,

Ini pun satu majlis yang agak besar perlu kami suami isteri hadiri, selepas sibuk ngan BAKAT ( Masa ni banyak lagi aktiviti tak settle) kene fikirkan hal ni plak. Biasanya masalah pada isteri isteri jelah.. hehe nakpakaiapa malam ni.. walaupun ada garis panduan , tapi macam tak up to date.. fahion is one of the fastest wave lah beb.. i thought its should change according to the trend as long as it is not too much.

Oktober Bulan berjalan jalan..

Selain kerja yang banyak dan BAKAT yang sibuk.. aku tak melepaskan peluang berjalan jalan di hujung minggu bersama keluaga tercinta, Sementara suamiku tak terikat dengan peraturan jadual kem kerana berkursus dapatlah kami berjalan disekitar penang hingga ke perlis untuk melawat, kekawan, cikgu dan sedara mara.. Disamping itu, kami juga dapat pulang ke kampung membawa cucu melawat opah dan tokwannya. Kira settlelah tugas tugas aku dan suami dalam mengeratkan silaturahim selepas raya.YA.. apa apaun aku rindu keluarga dan kawan kawan di kuantan..

Ainur,

Selain dari aktiviti diatas, ainur merupakan little princess yang perlu diurus dan diberi pehatian selalu. Bulan ni adalah bulan dia mendapatgigi bau dan gusi.. so,apalagi.. asyik demam jelah minah kecik ni.. sekejap demam pans, batu dan selsema..adalah 2 bulan.. dalam demam demam tu.. dapat pulak basikal baru dari ayah dia.. baik demam sehari.. esok sambung balik.. yang susah hati ibulah..tranfer factor dah habis terpaksa lah bergantung pada ubat ubatan doc dan homeopathy disamping tawakalpada Allah moga ainur cepat sembuh.. Then sepeti dijangka, demam ainur hanya 2 minggu, Ainur jadi seperti biasa, lasak kembali... suka panjat meja, kerusi dan katil.. bulan lepas dah dua kali ainur jatuh .. ishhh risau ibu... asyik kene tuam je.. nasib baik timetu ayah ada.. ainu ainur.. moga ainur jadi anak yang pintar dan solehah.

So, the end of october 2010,

Kem sangat sunyi dengan aktiviti aktiviti ketenteraan.. masa ni dipanggil suami masuk hutan..menjaga sempadan.. isteri apa lagi ada yang masuk kampung menjaga keluargalah.. ada yang kene tinggal sebab kerja dan anak anak yang masih besekolah.. aku masuk kategori nilah.. hanya sepuluh persen je suami suami yang tak masuk hutan. Kali ni, dia dioarang bergerak ke GUbir, sik kedah.. hutan yang memang dalam dan padat.. nasib baik suami aku tak masuk lagi sebab kursus .. so masih boleh calling calling darling..klau dah masuk bulan 12 nanti.. terpaksalah tunggu hngga dia orang keluar plak. klau dia orang ditinggal suami untuk 2 bulan , aku pulak akan masuk 4 bulan semenjak suami aku mengikuti kursus dari bulan 8 lagi.. balik end of november, then masuk bulan 12.. Bulan 1 baru semua balik..perut aku pun dah memboyot 7 bulan 1/2. Nak buat cam na..this is an army wife life.

No comments:

Post a Comment