Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ainur Maryam

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, November 21, 2010

Kenangan bersama Allahyarhammah Cik Wok

Al- Fatihah Buat Arwah Cik Wok
(1944 -2010 )
********
19 nov 2010
Pada pukul 10.45 abah telephone aku.. kata cik wok dah tiada .. tersentap sekejap..macam tak percaya je.. apalagi menangislah aku kat ofis..nasib baik aku duduk tingkat atas sorang sorang so tak de sape yang tgk.. aku terfikir nak turun tau tak KL ni... dalam keaadan berbadan 2..dengan anak yang masih kecil dan aktif ..aku jadi ragu ragu.. hantar msg pada suami aku kata cik wok meninggal dan aku nak pegi Kl walaupun masih tak yakin. Alhamdulliah suami aku pun nak pegi sekali.. so dia minta aku turun di ipoh naik bas, pastu kami pergi dengan kete pinjam kawan kursusnya ke kl. So dari penag pukul 2 ptg ters ke ipoh ..sampai pukul 5 ptg..terus ke KLjam 8 bausampai.. Hujan sangat lebat sepanjang jalan ke K... umpama menangis atas pemergian arwah.
Pukul 7.00mlam aku call abah , tanya kat mana... masih di hosptal.. berita baik...cik wok masih hidupada nadi lemah dan sekaang dalamkeaadan nazak... 8.25 malam abah call,cik wok sah meninggal dunia.. Lagi 15 minit aku nak sampai ke hospital.. aku tak sempat juga sampai sebelum ajal menjemputnya. Seolah olah cik wok menunggu kehadiran kami semua.
Cik wok di kebuian di tanah pekuburan islam pada pukul 11 pagi di Tanah Perkuburan Titiwangsa yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Alhamdullilahsemua sedara mara yang rapat sempat hadir melihat awah untuk kali terakhir..mau dari penangdan singapore.
******************
Cik Wok adalah kakak abah yang ke tiga.
Dalam keluarga abah, cik woklah tempat rujukan adik-beradik dan sanak saudara.
Pada tanggal 19 hb Nov 2010, kami kehilangan cik wok..
Semua orang sedih..
Adik beradik abah hanya tinggal 3 orang saje,lepas mak long, mak ngah dan cik wok meninggal.
sekarang hanya cik non,abah dan cik ani tempat kami menumpang kasih..
Aku guna perkataan kami,merujuk pada para sepupu2 aku yang sangat ramai dan kami semua sangat rapat seperti adik beradik walaupun jumlah kami dalam 40 orang..belum masuk suami isteri masing masing dan anak anak2 termasuk cucu kami..sya sya.
Stiap kali raya, sebolehnya kami cba berkumpul ramai ramai umpama satu keluarga yang masih mempunyai ayah dan ibu...
*************
Cik Wok dah lama sakit kuat..
tetapi, dia seorang yang sangat positif dengan kehidupan..
Selepas menjalani pembedahan pemotongan kaki akibat kencing manis, cik wok masih kuat untuk menguruskan kehidupannya.. jika tak larat..anak anak cik wok sentiasa ada membantu..
Aku kagum dengan anak anak cik wok.. sepanjang hayat nya... anak anak nya masih cuba tinggal sebumbung agar cik wok dan cok mukhtar tak sunyi.. selain dapat menjaga ibu yang tidak laat.. cucu cucu mereka dapatmenghiangkan kesunyian atuk dan nenek dikala anak anak keluar bekerja.. Aku rasa tak ramai orang yang sangup buat begitu..menguruskan makan minum dan kencing seorang dewasa bukanlah kerja mudah.. tapi sanggup dilakukan oleh semua anak anaknya termasuk Duki sibongsu yang sangat busy sebagai P.A Pak nil..
******************
Kenangan aku ngan cik wok... agak banyak..
Sepanjang aku di KL,belajar... aku suka lepak rumah cik wok,ciknon dan cik ani..
Kebetulan aku dapat kereta..dan rumah rumah mereka tak jauh dari UIA..so memang boleh sangat aku drive kerumah dia orang..
Cikwok banyak nasihatkan aku ..macam macam...ada yang aku ingat..ada yang aku dah lupa.
Benda yang paling aku ingat ialah
" Jangan takut dengan benda benda ghaib ni.. sebab dia tetap di bawah kita..klau dia datang kacau..dia tetap tak boleh menang... sebab kita sebenarnya lebih kuat,kita adalah khalifah di muka bumi ni.."
Itu adalah pesanan dia pada semua anakanak saudara bila kami didatangani makhluk halus yang ingin bekawan.. cik wok tegas menegah kami dari mengikut dan berbaik dengan makhluk2 tu.
Dia juga tempat aku mengadu dan meinta doa doa yang mustajab agar dapat kerja dan jodoh suatu ketika dulu... hehehe..mostly it's happen... Dia jugalah pencetus agar perkahwinan aku ngan nazli di percepatkan.. sebulan sebelum aku jumpa suamiku,aku ada kata pada cik wok aku nak sangat kahwin.. tapi aku tak ada calon.. cik wok tolon doakan supaya kak yong boleh kawin cepat bleh..heh sebulan kemudian jumpalah en askar ni.. sebulan pastu ajakkahwin.. lapan bulan lepas tu dah jadi isteri en askar..indahnya saat tu.. ;) Syukran Ya Allah n cik wok .
Sekarang cik wok tak de...cik non ngan cik ani jelah yang aku boleh mengadu..
****************
Sedihnye..aku rindu cik wok.. walaupun selepas aku dah duduk penang ni aku jarang dapat jumpa dia.. tapi kasih sayang dia tak pernah hilang dari ingatan..kali terakhir kami berjumpa adalah raya tahun ni. Atas permintaan cik wok dan arrange by Duki...kami semua pulang ke kampung untuk merai kan hari raya bersama2.. kami buat majlis makan besar pada malam ke-2. tapi sayang malam tu cik wok tak sempat nak raikan besama kami.. dia admit malam tu sebab masalah dalam perut walaupun dia berkeras tak nak pegi hospital sebab nak jumpa sepupu sepupunya yang lain dari seluruh johor yang turun pada malam tu..
Alhamdullilah umurnya masih panjang..
Raya Haji ini adalah raya terakhir buat cik wok meraikan bersama keluarga..
Siapa sangka 2 hari kemudian adalah hari terakhirnya..
Walaupun cik wok selalu menyebut nyebut yag dia akan pergi sebelum ni..kami semua selalu mengharapkan ia tidak akan terjadi lagi. tapi Allah maha mengetahui apa yang tebaik untuk setiap insan di dunia ini..
Al-Fatihah.. to Allahyarhammah Zaleha Omar

No comments:

Post a Comment