Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ainur Maryam

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Sunday, November 14, 2010

Sterilizer

Ini adalah entry saja2 yang aku ingin masukan dalam blog ni.. tak ada apa2 yang istimewa cuma berkongsi cara cara menstrelize botol2 dan bekas2 makanan ainur di rumah..

First, Aku cuci semua botol botol yang dan peralatan ainur dengan air yang bersih dan sabun cuci botol pureen.. Aku mengunakan sabun ni sebab ia mudah menanggalkan sisa susu dan kotoran lain di botol.

Kemudian aku susun elok2 semua botol di dalam sterelizer agar muat semua botol dan bekas. Aku asingkan mengikut saiz, biasanya puting dan penutup botol dibahagian atas sterelizer, manakala botol2 di bawah. telangkup kepala botol kebawah supaya wap dapat masuk kedalam botol.

Lepas tu,apabila semua selesai disusun, masukan air mengikt sukatan yang diberi oleh manual sterilizer masing masing dan didihkan. Ada pelbagai jenis sterelizer boleh didapati di kedai, ada yang hanya mendidihkan air dan rendam didalam bekas aje.iaitu cara tradisional, ada yang pakai ubat sterelize, ada yang guna microwave atau yang mengunakan pendidih elektrik macam di atas. Aku mengunakan Lindam ni sebab ia nampak lebih mudah untuk aku, masuk semua barang ,kemudian masuk air dan didihkan, lagipun memikirkan ainur anak yang petama..lepas ni adik adiknya pun boleh guna sekali.. di samping mak aku yang memberi galakan untuk membeli, jadi aku laburkanlah sedikit untuk benda alah ni... jenis elektrik ni pun ada banyak jenama, terpulang pada diri masing masing nak yang mana.. yang penting tepuk dada tanya selera..sambil tepuk tepuk poket sekali..


Setelah selesai mensterelize,biarkan 5 atau 10 minit..(ikut suka masing masing), angkat sterelizer anda dan keluarkan botol botol tadi..


Lastly susun cantik cantik dalam rak botol susu ni..klau tak de boleh susun di luar sambil lapikkan kain bersih supaya botol kering dan sentiasa dalam keadaan bersih.. anda boleh juga susunkan semua botol botol tadi ke dalam bekas yang bersih dan biakan kering.
Selamat mencuba!!






































No comments:

Post a Comment