Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ainur Maryam

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, November 17, 2010

Tour to cloth diapers

Sebelum memulakan perjalanan tour to cloth diapers... marialah kita sama sama baca artikel di bawah sebagai rujukan dan pengajaran..


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan ibu bapa supaya tidak memakaikan bayi mereka dengan lampin paki buang kerana ia mengandungi bahan kimia beracun yang boleh memudaratkan kesihatan bayi.Ini memandangkan bayi sedang membentuk sistem imun dan mengalami pertumbuhan organ dan tubuh yang sihat sepanjang hayat mereka.
Pendedahan kepada bahan kimia beracun boleh membantutkan perkembangan bayi dan menimbulakan masalah kesihatan dalam jangka panjang.Kulit bayi lebih nipis dan cenderung menerima kesan daripada bahan kimia yang mudah diserap masuk dalam tubuh.Lampin pakai buang diperbuat daripada bahan-bahan tiruan seperti polyethylene film bagi pelapik perlindungan plastik lampin itu, polyester (bagi lapisan atas lampin yang poros), polypropylene (bagi pelapik lampin dan pita yang digunakan bagi mengetatkan lampin, atau untuk lapisan lampin yang paling atas), pulp fluff daripada pulpa kayu yang diawet dengan klorin (yang menghasilkan dioksin, bahan penyebab kanser sebagai hasil sampingan), sodium polyacrylate (gel bertoksik yang kuat daya serapannya) untuk lapisan dalam lampin, minyak dan resin yang berpotensi menimbulkan alergi (sebagai gam yang mengikat lampin), wangian yang memudaratkan dan bahan-bahan kimia lain yang berbahaya seperti tributylin (salah satu bahan paling beracun pernahdihasilkan).
Sebahagian daripada bahan-bahan kimia tersebut boleh menimbulkan masalah kesihatan kepada bayi seperti ruam yang menyakitkan dan asma, serta masalah ketidaksuburan dan kanser apabila dewasa kelak.Pengeluar lampin pakai buang sering mendakwa produk mereka boleh memastikan bayi berada dalam keadaan kering berjam-jam lamanya. Ini berikutan penggunaan bahan kimia sodium polyacrylate, sejenis gel yang terdapat dalam bahagian tengah lampin yang menjauhkan air daripada kulit bayi. Ini dimasukkan ke dalam lampin dalam bentuk serbuk berbiji yang bertukar menjadi gel apabila basah. Juga dikenali sebagai kristal polimer, sodium polyacrylate boleh menyerap 200-300 kali beratnya dalam air, dan membendungnya dalam bentuk gel bergetah. Pengguanan sodium polyacrylate dalam lampin pakai buang memudahkan tugas ibu kerana tidak perlu menukar lampin bayi. Namun begitu ia menyebabkan bayi ditumbuhi ruam kerana terdedah kepada bahan-bahan kimia yang diserap, pertumbuhan bakteria dan ammonia daripada air kencing yang terkumpul dalam lampin. Pada masa yang sama ia juga menarik lembapan (bukan air kencing saja) daripada kulit bayi yang menggalakkan kegatalan kulit.Bahan ini dilaporkan boleh menyebabkan radangan kulit yang teruk, pendarahan daripada tisu-tisu perineum dan scrotal, demam, muntah dan jangkitan staph di kalangan bayi.SUMBER: UTUSAN PENGGUNA(MAC-APRIL 2007) ---Saya jumpa di SusuIbu.com
Takutnye bila aku membaca ttg keburukan disposable diaper..memang senang untuk kita pakai dan buang aje dari punggung baby tapi kesan jangka masa untuk anak tersayang berpanjanganlah..patutlah ramai orang orang muda sekarang senang kene kanser... sebab penggunaan disposable diapers ni mula meletup dipasaran malaysia pada tahun 70 an.. aku rasa.. kebanyakan dari kita kita yang lahir dalam era tu. ( bagi family berkemampuan) memang pakai pampers.. termasuklah aku dan adik adik aku.( ayah aku cakap).. Mungkin ini adalah sebahagian dari penyumbang masalah kanser dan ketumbuhan serviks serta prostat, selain dari pemakanan dan masalah keturunan dikalangan kita.
Sekarang aku tgh survey cloth diapers terbaik... melalui forum susu ibu..ia memang banyak membantu.. ramai mengatakan BUMgenius paling bagus.. tapi harganya agak mahal..ni kategori..stok stok LVlah di kalangan CD. Aku ada pergi kedai lunatot untuk consultation..menarik juga ..nampak lebih detail dalam produk poduk yang di tawarkan.. harga dalam middle rangelah.. satu lagi coolababy.. jiran aku kata ok gak... harga agak murah halffrom lunatot... aahhh!!!!!! tak tahu nak pilih yang mana.. nak banyak pakai coolababy.. nak paling bagus pakai BG... atau ambik pakej percubaan lunatot..aku sebenarnya tak sabar nak beliCD ni..
Ada ibu2 di forum nasihatkan untuk beli CD 2nd dulu dan cuba satu satu jenama sebelum beli bulk..so kita boleh tahu which one yang paling sesuai untuk baby nanti.. takpelah aku akan survey lagi dalam bulanni...mungkin end of this monthaku akan decide beli yang mana..
Sebenarnya niat nak pakaikan CD untuk ainur ni dah lama... tapi disebabkan malas nak membasuh kononnya... akupun malaslah nak survey... just tgk2 iklan sambil pasang niat dah masuk anak ke2 kot.. ialah waktu aku tgk ainur pun tak banyak sangat pakai pampers..sehari dalam 5 helai je kot.. tapi masuk umur dia setahun ...mahu sehari dekat 7-8 helai... she is heavy wetter cause suka menyusu and minum sepanjang masa..mungkin budak kecik ni dah semakin aktif so dia cepat penat dan dahaga.. bayangkanlah klau sebulan 2 1/2 pek yang dia pakai.. mahu seratus juga dit aku melayang..itu aku pakai, huggies,drypers atau pet pet..kadang kadag aku pakai jenama fitti je.. murah..tapi tak tahan lama..2 jam je..si kecik ni dah penuh.. tidur time malam kadang kadang sampai 4 kali..sometimes bocor.. dia pula dah pandaiminta tukarklau dah penuh. walupun murah... duit tetap terbang rm 70-80 jugakan.. klauaku kira kira dekat seribu lebih beli pampers tuk ainur walaupun beli time promosi.. klau aku pakai CD dari dulu mesti dah dapat 30 set CD or more.
Itu baru kisah pampers... belum masuk susu peket yang aku beli tiap tiap bulan...Sebulan 4 paket.. kadang kadang 5... kuat betul si kecik ni menyusu...nasib baik dia boleh minum nespray atau dumex .. Jimat juga... part susu ni aku tak ralat sangat sebab dia untuk pembesaran anak..and aku dapat xclusive breastfeed dia 7 bulan lebih... dia pun masih menyusu badan dgn aku bila di umah.. tapi sayangnya susu aku dah kurang sikit bila mengandungkan yang ke 2ni.. so pandai pandailah dia tunjuk botol bila dia rasa susu aku tak cukup.. Dia ni kuat merajuk dan sangat aktif.. so nak bagi senyap atau duduk diam aku memang kene sediakan susu 24 jam.. klau tgh malam dalam pukul 2 susu dia habis sebotol.. pukul 2pagi tulah aku akan bangun standby susu baru. bukan apa,klau dia terbangun pukul 3 pagi ..memang susulah yang dia cari.. klau lambat sikit mulalah menangis kuat kuat...klau tak sempat aku sumbat je susu aku..klau ada susu ok... klau tak dia sambung menangislah tunjuk tunjuk kat botol.
Klau mengikut cost membesarkan ainur ni mungkin tak sebanyak orang lain.. tapi ia cukup banyak bila kau memikirkan baby no 2 ni.. my life cost will increase 100% klau aku stay cara hidup yang sama... ia termasuk bayaran pengasuh dan penambahan pampers (klau masih tak pakai CD).. belum masuk baju..mainan..makanan tambahan..gadjet2 baby..dan kesihatan.mau seribu lebih juga kita orang kene keluarkan sebulan.. so i must take an effective action before she/her born.
CD adalah step pertama ..harap aku tak menyesal dan malas seperti aku membeli pam spectra... ya.. aku tak pernah menyesal habiskan dekat seribu lebih untuk peralatan peralatan penyusuan tu termasuk Lindam sterelizer dan lindam day and night feeding system..aku rasa memang bebaloi sebab aku boleh gunakan untuk anak anak yang lain walaupun first time beli aku terkedu jugaklah duit keluar cam air..
Tapi bila kita baca, buat research dan dalami kebaikan susu ibu dan CD berbanding benda benda mudah di supermarket, semangat untuk amalkan pemakaian CD dikalangan anak anak aku dan fully beastfeed untuk ainur dan adik adiknya semakin bekobar kobar..Moga Allah memudahkan niat aku ni.. semua untuk kesihatan dan tumbesaran terbaik Ainur dan adik adik..juga kesihatan poket ibu dan ayah..hehe..

No comments:

Post a Comment