Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ainur Maryam

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

Monday, November 29, 2010

Perkahwinan dan anak

Kandungan ku dah masuk 6 bulan setengah..lagi 3 bulan aku akan bersalin dan menjadi ibu kepada 2 orang cahaya mata.. sekejap je.. perkahwinan yang terbina selama 2 tahun stengah ni, begitu pantas diserikan dengan 2 cahaya mata walaupun telah 3 kali aku mengandung.. leh di katakan setiap tahun aku pregnant.. Syukur pada mu Ya Allah kerana engkau tidak memberi ujian dalam mendapatkan zuriat pada ku.. Alhamdullilah kerana memudahkan aku dan suami ku dalam urusan ini..

kehidupan ku yang bercampur gaul dengan pelbagai lapisan masyarakat di kem dan luar kem telah membuatkan aku sedar isu zuriat adalah isu yang paling sensitif dan utama bagi mereka yang telah berkahwin.. mana ada pasangan yang tak nak anak.. selain anak kucing, tekak dan mata..anak dari campuran kimia suami isterilah yang paling behaga dan berniai... perasaan memperolehi zuriat sendiri memang tak dapat di gambarkan... aku rasa setiap orang pun begitu kan.

Ada jiran jiran aku yang berkali kali mencuba dgn pelbagai cara tetapi masih belum ada rezeki hingga kini, ada yang dapat anak lambat ,tapi alhamdullilah Allah mudahkannya dapat mengandung lagi.. ada yang tak dapat langsung, tapi Allah bukakan hati untuk memelihara bayi orang lain yang memerlukan perhatian.. ada yang dapat sekali..tapi sukar unuk kali kedua pula..macam macam ujian dan hikmah yang Allah berikan pada pasangan yang bekahwin untuk kita renungi dan muhasabah diri agar kita sentiasa bersyukur dgn apa yang ada.

Oleh itu aku pun tak faham klau ada manusia manusia diluar sana yang merancang membabi buta tak nak anak lagi sebab bz or duit tak cukup..tak tahu ke mereka bahawa anak itu punca rezeki dan keberkatan dalam hidup..harta dunia dan akhirat yang tak kan hilang walaupun mereka amanah yang berat untuk kita. Aku tak kata orang yang dah ada anak.. tap mereka yang baru kahwin ni.. aku rasa mereka ni orang yang sombong pada Allah bila cakap cam tu.. Fitrah manusia yang berpasangan 90% akan mendapat anak bila bersama. Kecuali mandul..klau sehat 2-2..cepat atau lambat lekat juga.

Satu lagi yang aku tak faham ialah manusia yang buang anak ni.. yang ni memang patut mati di sula kot.. klau tak nak, letaklah budak tu kat tempat yangg selamat dan dilindungi ..ni tak main bunag je baby tu merata rata.. siap tanam kan lagi..ish ish ish..jahiliahnyelah.. dah lah dosa besar , buat lagi satu dosa besar= 2dosa besar (zina dan membunuh)...last2 hidup tak berkat.. ada yang jadi gila.. anak tu insyaAllah ke syurga.. ibunya ..Allahhuallam..hanya Allahje yang tau.. takut aku nak sebut..sebab aku takut seksaan alam barzakh dan neraka. moga aku akan sentiasa mengigati 2 perkara ni dalam hidup aku.

Pil perancang.. aku tak berani nak kata benda ni boleh atau tak dalam merancang keluarga.. ada yang kata bleh,..ada yang kata haram.entahlah..klau kaedah azal seperti yang dianjurkan islam bleh.. kaedah lain ..bleh tetapi niat kene betul..hanya untuk kesihatan ibu dan anak aje.. tapi keutamaannya mestilah kes kesihatan ibu..itulah yang di perkatan ustaz dan majalah majalah agama yang aku baca.. klau kita takut masalah keawangan samalah kita kata Allah bukan pemberi rezeki.. sedangkan Allah pernah berfirman bahawa setiap anak itu rezeki..jadi niat tak menghalalkan cara.. Klau kita rasa tak nak menzalimi keperluan keluarga dengan keluarga yang besar eloklah kita bincangkan hal ni dgn orang yang lebih ariff supaya niat kita tak tersasar dari landasan agama..

No comments:

Post a Comment